Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

 #FREE_PALESTINE

Mengenang 27 syuhada Pondok Pak Ya



Tragedi kebakaran Pondok Pak Ya di Guar Chempedak, Kedah pernah menggemparkan negara pada suatu ketika dahulu telah meragut nyawa seramai 27 orang pelajar purempuan di Sekolah Menengah Agama Taufikiah Khairiah Al-Halimiah. Kebakaran yang berlaku pada malam 22 September 1989 di asrama puteri itu dikatakan berpunca daripada lilin yang dihidupkan oleh para pelajar yang mengulang kaji pelajaran.

Pada malam tersebut terdapat sekumpulan para pelajar perempuan berkumpul di bawah untuk mengulang kaji pelajaran kerana peperiksaan sudah semakin hampir. Seperti biasa, semua pelajar harus tidur kerana pada awal pagi mereka akan bangun untuk berqiamullail. Namun, ada beberapa orang pelajar yang masih gigih mengulangkaji pelajaran pada waktu tersebut. Mereka memasang lilin selepas pengetua sekolah asrama tersebut berlalu pergi. Setelah penat mengulang kaji pelajaran mereka tertidur dan secara tiba-tiba api lilin menyambar langsir asrama.

Setelah api semakin marak barulah beberapa pelajar terjaga. Mereka semua sangat panik dan menjerit ketakutan. Semua pelajar lari menyelamatkan diri dan ada diantaranya tidak sempat melarikan diri kerana tersekat oleh api yang semakin marak. Api yang marak tersebut dikatakan berpunca daripada letupan daripada tong gas di dapur. Akhirnya mereka terperangkap di dalam bangunan tersebut dan tidak dapat keluar. Mayat mereka sungguh menyayat hati ada yang berpelukan antara satu sama lain dan ada juga yang sedang memeluk Al-Quran. Sehingga kini kejadian tersebut masih sedar dalam ingatan penduduk setempat. Tragedi ini juga telah diabadikan dalam sebuah telefilem dengan tajuk Pondok Pak Ya. 











KLIK LINK DI BAWAH :



KONGSIKAN:



 

Promosi termurah di Tik Tok seluar cargo 100% catton 6 poket

Ads Bottom