Tahun 1997, disaat negara bergelut dengan krisis kewangan Asia yang menggoncang pasaran, satu ancaman besar senyap - senyap muncul; pemilikan asing terhadap BERNAS, syarikat yang mengawal bekalan beras negara. Wang Tak Co. Ltd dari Hong Kong berjaya menguasai 31 peratus saham BERNAS selepas ia diswastakan dan diapungkan di Bursa Saham. Ini bukan soal perniagaan semata, ini soal kedaulatan makanan, soal masa depan rakyat, dan lebih penting lagi, soal maruah bangsa!
Syed Mokhtar Al-Bukhary tidak diam. Beliau sedar, jika bekalan beras yang menjadi makanan ruji rakyat Malaysia jika berada di tangan orang asing, maka masa depan negara berada dalam bahaya. Lalu, dengan semangat perjuangannya yang tidak pernah luntur, beliau bertindak. Melalui syarikatnya, Tradewinds, beliau membeli 53.7 peratus saham BERNAS. Bukan itu sahaja, beliau meneruskan langkah strategik hingga berjaya memiliki 72.57 peratus keseluruhan pegangan melalui syarikat-syarikat berkepentingan.
Bukan mudah. Hampir RM1 bilion digunakan untuk misi penyelamatan ini. Semuanya dibiayai melalui pinjaman. Demi agama, bangsa, dan negara, Tan Sri sanggup ambil risiko besar. Dalam senyap, beliau bertarung di medan ekonomi bukan dengan senjata, tetapi dengan keberanian dan visi seorang pejuang Melayu sejati.
Langkah paling berani? Beliau nyah senarai BERNAS dari Bursa Saham. BERNAS kini tidak lagi terdedah kepada pemilikan asing.
Ramai mungkin tidak tahu tetapi inilah pengorbanan besar yang telah beliau lakukan untuk negara. Ketika sesetengah hanya memikirkan keuntungan, Syed Mokhtar memikirkan kedaulatan. Ketika ramai hanya mengejar kemewahan, beliau mengejar berkat dan tanggungjawab. Inilah tokoh yang kita perlu banggakan!
Sumber : Halaman Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary Idola Kami
KONGSIKAN: