Raja Petra Kamaruddin (RPK) pernah menceritakan bagaimana mantan Menteri Besar Selangor, Dato Harun Idris dan Tun Abdul Razak telah memilih Tun Daim Zainuddin (ketika itu belum memakai gelaran 'Tun') untuk membangunkan hartanah di sekitar Kuala Lumpur bagi menyediakan penempatan bagi orang Melayu seperti di Melawati dan lain-lain. Tun Daim mahu memberitahu orang Melayu juga layak menjadi warga bandar besar yang bukan hanya terbelit dengan imej setinggan tetapi dengan kediaman yang selayaknya sebagai penduduk asal negara ini.
Objektif kerajaan ketika itu adalah untuk menggalakkan orang Melayu bermukim di bandar besar seperti di Kuala Lumpur bagi menyeimbangkan populasi di Kuala Lumpur yang didominasi oleh orang bukan Melayu.
Dengan adanya populasi Melayu di Kuala Lumpur, makanya kerusi perwakilan politik boleh diwujudkan demi membela nasib orang-orang Melayu di bandar tersebut.
Walau apapun isunya, memang ada jasa beliau dan pemimpin dahulu kepada orang Melayu dan negara. Terutamanya dari segi ekonomi. Raja Petra juga seolah-olah membayangkan Tun Daim 'dianiaya' disebabkan hal ini - membawa masuk orang Melayu ke Kuala Lumpur 'untuk mengelakkan berlakunya 13 Mei lagi'. Sedangkan beliau sudah pun sedia kaya dengan perniagaannya.
Cumanya Tun Daim ini bukanlah kosong. Beliau seorang yang berpendidikan dan bijak dalam mengendalikan wang. Orang lain ada diberi bantuan juga tapi akhirnya melingkup.
Selayaknya "Daim yang diam", banyak jasa-jasa Tun Daim tidak dihebahkan, sepertinya dirinya seorang yang pendiam namun "berisi".
Apa jua jasanya kepada ummah moga menjadi asbab diampunkan segala dosa Tun Daim dan dimuliakan rohnya disisi Allah SWT.
Terima kasih, Tun Daim.
KONGSIKAN: