Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

 #FREE_PALESTINE

Amukan Panglima Muda Jempol gemparkan penjajah Inggeris



5 April 1892 – Pada tahun 1892, Panglima Muda Jempol telah menyerang daerah Pekan di negeri Pahang. Peristiwa itu merupakan salah satu episod dalam pemberontakan Pahang yang bermula dalam tahun 1891 yang dipimpin oleh salah seorang pembesar Pahang iaitu Pahlawan Semantan atau Dato’ Bahaman. Dalam kekacauan yang berlaku ketika Panglima Jempol menyerang Pekan, dua orang pekerja Eropah dari Syarikat Pahang Exploration yang sedang menguruskan pengeluaran kayu balak dari hutan Sungai Duri dekat Kuala Chini telah terbunuh.

Berita berkenaan serangan itu telah sampai ke pengetahuan Residen Pahang, J.P. Rodger yang ketika itu berada di Pulau Tawar. Beliau dengan pengikutnya telah pergi ke Pekan dan menahan seorang daripada mereka yang disyaki terlibat dalam serangan tersebut. Seterusnya pihak Inggeris juga telah menangkap seramai 21 orang lagi yang disyaki terlibat dalam kejadian tersebut. Bagaimanapun Panglima Muda Jempol dapat melepaskan diri.

Akibat dari serangan itu pihak Inggeris telah berusaha memperkuatkan pertahanan mereka dengan mendirikan satu pusat kawalan di Kuala Jempol. Pada bulan Julai 1892 pihak Inggeris telah menghantar sepasukan polis Sikh ke Jempol untuk mengekori Panglima Muda Jempol tetapi gagal sehinggalah pada bulan Oktober 1892 apabila Panglima Muda Jempol akhirnya terkorban dalam satu pertempuran dengan pihak Inggeris.

Walaupun Panglima Muda Jempol telah tewas, pemberontakan Pahang berterusan sehingga bulan November 1895 oleh pahlawan-pahlawan Melayu Pahang seperti Tok Gajah, Mat Kilau, Dato Bahaman, Mat Lela dan rakan-rakan seangkatannya.


IKUTI KAMI SEKARANG DI TIK TOK
IKUTI KAMI DI FACEBOOK
IKUTI KAMI DI WHATSAPP


KONGSIKAN:



 

Promosi termurah di Tik Tok seluar cargo 100% catton 6 poket

Ads Bottom