Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

 #FREE_PALESTINE

Tunku Mahmud : Raja Muda Kedah yang warak, sering berdamping dengan alim ulama



Raja Muda Mahmud merupakan putera Raja Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah III dengan permaisuri orang kebanyakan, Wan Hajar binti Wan Ismail. Putera bongsu ini dilahirkan di Istana Kota Setar pada 1876.

Tunku Mahmud berkemungkinan jika diizinkan Allah menjadi Sultan Kedah sekiranya ditakdirkan kekandanya, Sultan Abdul Hamid mangkat awal.

Malangnya, Raja Muda Kedah itu tidak kesampaian apabila mangkat pada tahun 1937, lebih awal enam tahun dari kekandanya. (Sultan Abdul Hamid mangkat pada tahun 1943).

Perkahwinan putera Sultan Abdul Hamid, Tunku Badlishah dengan Tunku Sofiah, puteri Tengku Mahmud pada tahun 1924 mengeratkan lagi darah daging dan tali persaudaraan keluarga di antara mereka berdua.

Sejarah ada menyebut Tunku Mahmud ini sewaktu hayatnya memang seorang yang kuat amalan agamanya dan sangat warak serta suka berdamping dengan orang-orang alim.

Pada penghujung hayatnya Tunku Mahmud gemal mengasingkan diri untuk beribadat dan bersedekah jariah serta mendekatkan dirinya kepada Tuhan.

Tunku Mahmud mangkat pada 5 November 1937 dalam usia 62 tahun dan disemadikan di Makam Diraja Langgar berdekatan dengan makam anakanda saudaranya, Raja Muda, Tunku Ibrahim yang mangkat pada tahun 1934.




KONGSIKAN:



FOLLOW KAMI SEKARANG DI TIK TOK

SUBSCRIBE : X-PLORASI TELEGRAM

Ads Bottom