Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

 #FREE_PALESTINE

Raja Ali : Ulama pewaris takhta kesultanan Riau-Lingga


 


Raja Ali Kelana al-Ahmadi dilahirkan sekitar tahun 1860an di lingkungan Kesultanan Riau-Lingga. Beliau adalah putera dari Yang Dipertuan Muda X, Raja Muhammad Yusuf Al-Ahmadi, seorang tokoh penting dalam sejarah kesultanan Riau-Lingga. Sejak usia muda, Raja Ali telah menunjukkan minat yang besar terhadap ilmu pengetahuan dan agama Islam.

Pendidikan formalnya dimulai di lingkungan kesultanan di Pulau Penyengat Indera Sakti, pusat pendidikan Islam di kawasan Melayu. Namun, kehausannya akan ilmu pengetahuan yang lebih luas membawanya menuntut ilmu ke Mekah, pusat pembelajaran Islam dunia pada masa itu. Di sana, beliau berguru kepada ulama-ulama terkemuka seperti Syekh Wan Ahmad al-Fathani, Sayyid Abdullah al-Zawawi dan Syeikh Ismail Bin Abdullah al-Minankabawi.  

Gelaran "al-Ahmadi" di belakang namanya kerana dinisbahkan kepada mujaddid Thariqat Naqsyabandiyah bernama Sayid Ahmad al-Muzhhar.

Setelah kembali dari pengembaraannya, Raja Ali sepatutunya menjadi pewaris tahta Kesultanan Riau-Lingga sebagai Yang Dipertuan Muda XI. Namun, meningkatnya konflik antara kesultanan dengan pemerintah Belanda membuat pelantikannya tertunda. Raja Ali terlibat dalam perjuangan mempertahankan kemerdekaan dan martabat kesultanan yang semakin diancam oleh penjajah Belanda. Beliau menjadi tokoh pembangkang yang disegani dan berpengaruh terhadap rakyat. 

Salah satu jasa terbesar Raja Ali adalah dalam bidang pendidikan. Bersama dengan murid-murid Syeikh Ahmad al-Fathani, beliau mendirikan Jamiyatul Rusydiyah atau Rusydiyah Klab di Riau pada tahun 1896. Organisasi ini kemudian berkembang menjadi Jamiyatul Khairiyah, yang merupakan organisasi cendekiawan muslim pertama di Asia Tenggara.

Selain itu, beliau juga pernah menjadi orang kanan kepada Syeikh Ahmad al-Fathani dalam urusan diplomatik ke Turki. Selepas wafatnya Syeikh Ahmad, beliau meneruskan usaha Syeikh Ahmad dengan menyambung urusan dipomatik tersebut dalam matlamat membebaskan kerajaan Riau Lingga dari penjajahan Belanda.

Oleh kerana keilmuan yang dimiliki Raja Ali, beliau telah dilantik menjadi Syeikhul Islam Johor pada sekitar tahun 1910an. 

Raja Ali Kelana al-Ahmadi wafat pada tahun 1927. Meskipun perjuangannya belum membuahkan hasil yang diharapkan, semangat dan dedikasinya dalam membela agama, bangsa, dan tanah air tetap menjadi inspirasi bagi generasi selanjutnya.







KONGSIKAN:



FOLLOW KAMI SEKARANG DI TIK TOK

SUBSCRIBE : X-PLORASI TELEGRAM

Ads Bottom