Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

 #FREE_PALESTINE

Tuan Guru Yahya Kupang ulama yang digeruni pengganas komunis



Tuan Guru Haji Yahya Kupang ( 1906 - 1959) 

Nama sebenar beliau ialah Tuan Guru Haji Yahya Bin Muhammad Thaha dan dilahirkan di Kupang , Baling . Beliau dari susur galur Patani . Datuknya yang bernama Syeikh Idris berasal dari Patani.

Beliau telah menuntut ilmu dari beberapa tokoh ulamak yang terkenal dan alim pada maqam ilmu mereka iaitu :

1. Tuan Guru Haji Yahya @ Ilyas

2. Tuan Guru Haji Ahmad Bin Awang Besar , Kampung Jerai

3. Tuan Guru Haji Yaakob Kemelong Sik 

4. Syeikh Wan Daud Bin Syeikh Wan Mustaffa al Fathani ( Bapa Saudara kepada Pak da Eil , Pak Cu Him dan Syeikh Wan Ahmad al Fathoni )

5. Tuan Guru Haji Yahya Raman al Fathani ( Menantu Tok Yaman al Fathani )

6. Syeikh Nur Bin Syeikh Nik Mat Kecik

7. Pak Da Eil ( Pengarang Kitab Bakuroh Amani )

8. Syeikh Mukhtar 'Atarid Bogor 

9. Syeikh Ahmad Ahyad Idris Bogor

10. Syeikh Ali al Maliki ( Ketua Ulamak Fiqh 4 Mazhab )

11. Sayyid Alawi Bin Sayyid Abbas al Maliki al Hassani

12. Syeikh Muhammad Arabi 


Dan diantara teman seguru beliau ialah :

1. Tuan Guru Haji Abdurrahman Haji Abdullah , Merbok 

2. Tuan Guru Haji Hussin Haji Soleh , Langgar

3. Tuan Guru Haji Awang Embun Haji Umar , Kupang

4. Sohibus Samahah Mufti Haji Muhammad Nor Ibrahim , Kelantan 

5. Tuan Guru Haji Daud Said , Tumpat

6. Tok Dala al Fathoni

7. Tuan Guru Haji Abdullah Haji Wan Musa , Kubang Pasu

8. Syeikh Abdul Aziz Bin Haji Ahmad Awang Besar , Kupang ( Qodhi Besar Kedah )

9. Musnid Dunya Syeikh Yassin Isa al Fadani 

Beliau telah membuka sebuah pondok di Kupang yang diberi nama Pondok Kampung Pisang ( kini digelar Yayasan Khairiyah ) pada tahun 1936 . Antara anak murid beliau yang telah membesar menjadi seorang ulama hebat ialah :

1. Tuan Guru Haji Omar Zuhdi , Pondok Lanai

2. Tuan Guru Haji Wan Embun , Ijok

3. Tuan Guru Haji Muhammad Yusuf , Betung

4. Syeikh Haji Hassan Rasyid

5. Tuan Guru Haji Ismail Haji Ali , Jempol

6. Tuan Guru Haji Isa Gerik

Antara peribadi beliau yang amat dikenali ramai ialah sikapnya yang tegas dan berani berdepan dengan musuh sehingga digeruni oleh pihak Komunis ketika itu . Beliau telah mengetuai penduduk menentang Komunis dan berjaya menghalau mereka keluar dari daerah Baling , Kroh , Grik dan Batu Kurau . 

Disebabkan komunis ini terlampau takut dengan beliau , mereka sering melihat beliau dimana-mana dan kehidupan mereka sentiasa dalam keadaan bimbang . Ini adalah karomah yang Allah Taala kurniakan pada Tuan Guru Haji Yahya Kupang .

Tuan Guru Haji Yahya pernah menjawat jawatan Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah pertama.

Beliau menghembuskan nafas terakhir di rumah isterinya dan dikebumikan di Masjid al Huda , Kampung Hangus, Baling.

Sumber : Jejak Ulama Nusantara







KONGSIKAN:



FOLLOW KAMI SEKARANG DI TIK TOK

SUBSCRIBE : X-PLORASI TELEGRAM

Ads Bottom