Dengan Tuan Guru, mereka bawa kitab dan ada juga yang bawa radio kaset dan rakam suara Tuan Guru bersyarah. Biasanya kuliah kuliah macam ni dibuat di sebelah pagi hari minggu atau pagi jumaat. Kawasan kuliah jadi macam pasar pagi. Lepas habis kuliah, boleh membeli berbagai barangan yang ada.
Gambar ini menunjukkan Almarhum Toh Paduka Indera Orang Besar ke 16 Negeri Perak, Tuan Guru Haji Muhammad Saman bin Muhammad atau Hj Mat Saman Kati, sedang mengajar. Almarhum adalah Penasihat Agama Sultan Perak bermula pada 1 April 1986 sehingga akhir hayatnya.
Tuan Guru Haji Muhammad Saman bin Muhammad atau Hj Mat Saman Kati dilahirkan pada 15 September 1922 dan meninggal dunia pada 2 Mei 1995.
Betapa mujahadahnya ibu ayah kita menadah kitab dengan alim ulama. Ilmunya diwarisi sehingga ke hari ini. Benarlah tiang seri Tanah Melayu itu para ulama dan tidak hairanlah batang tubuhnya menjadi sasaran musuh-musuh Allah.
KONGSIKAN: