Adik aku minta aku hantar kereta dia untuk buat penjajaran (alignment) roda kereta dia semalam kerana kereta dia baru tukar "steering rack".
Aku macam biasa sebelum pergi buat alignment, mesti akan pergi pump setiap tayar di stesen minyak, kerana ramai operator kedai tayar tak periksa tekanan tayar sebelum buat alignment.
Betul, semalam operator tak periksa pun tekanan tayar sebelum buat alignment. Tetapi aku tak tegur pun kerana aku sudah pam tayar sebelum itu.
Pemeriksaan tekanan tayar sebelum buat alignment sebenarnya memberi kesan besar kepada kualiti kerja alignment. Modalnya hanya alat untuk untuk periksa tekanan tayar (tire pressure gauge), jika tekanan berlebihan, buang sedikit angin, jika kurang, kena pam tambah tekanan, kemudian periksa semula.
Apabila tekanan tayar sudah ikut spesifikasi pengeluar kereta, baru buat alignment.
Aku zaman dulu banyak kali kena, tayar sebelah kiri dan kanan tak sama tekanan semasa buat alignment.
Bila selepas dua tiga hari, aku pun pergi pam tayar, rupa-rupanya tekanan tayar tak sama kiri dan kanan, lepas pam ikut pada spesifikasi, alignment terus rasa tak sedap.
Stering kereta ada tarik sedikit ke kiri atau kanan selepas pam tayar kerana masa buat alignment, tekanan tayar kiri dan kanan tak sama, bila aku betulkan tekanan di pump stesen minyak, terus alignment lari.
Proses kerja merupakan benda paling utama untuk mengekalkan kualiti kerja, di dalam proses kerja ada turutan (sequence) yang mesti dituruti oleh operator.
Contohnya benda pertama yang perlu dibuat adalah mengunci stering pada kedudukan paling "center", yang kedua adalah meletakkan sensor pada setiap tayar, dan yang ketiga adalah memeriksa tekanan tayar (mungkin turutan sebetulnya lain dari yang aku tulis).
Walaupun nampak tidak penting, jika kita tidak mengikut proses kerja yang betul, kualiti kerja akan jadi kurang baik. Menyebabkan pemilik kereta terpaksa buang masa sekali lagi untuk hantar buat alignment.
Harap tauke-tauke kedai tayar menekankan tentang proses kerja kepada operator untuk kualiti kerja yang baik.
Sumber : Tekan Minyak
KONGSIKAN: