Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

 #FREE_PALESTINE

22 Februari, mengenang lagenda Sudirman Haji Arshad



Allahyarham Dato’ Sudirman bin Haji Arshad, DSAP, JMN, AMN, AMP, juga dikenali sebagai Sudirman telah meninggal dunia pada 22 Februari 1992. Beliau meninggal dunia di kediaman kakaknya, Datin Rodziah Arshad di Bangsar selepas tujuh bulan bertarung dengan penyakit radang paru-paru.

Sudirman Haji Arshad dilahirkan pada hari Rabu, 25 Mei 1954 di No. 48, Jalan Ibrahim, Temerloh, Pahang . Beliau merupakan anak ke 7 daripada 9 adik-beradik. Ibunya Hajah Romlah binti Dahalan pernah menjual kain ela dan pakaian dan juga mengambil upah untuk membuat sulaman dan membuka kelas jahitan manakala bapanya Haji Arshad bin Haji Hassan seorang pengurus Syarikat Bas Temerloh.

Beliau mula mencipta namanya sebagai penyanyi apabila berjaya merebut gelaran Johan Bintang RTM peringkat akhir yang diadakan di Dewan Pay Fong, Melaka pada 11 Ogos 1976. Sudirman merupakan seorang artis yang mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Malah beliau merupakan satu-satunya seniman yang boleh menyanyi dengan fasih pelbagai bahasa (bahasa Inggeris, Tamil, Cina dan Hindi) serta mengubah lagu sehingga berjaya mencuri hati setiap golongan masyarakat.

Pada 17 Julai 1991, Sudirman dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Tawakkal, Kuala Lumpur selama 4 hari. Beliau telah dilaporkan pengsan setelah terjatuh. Pada 22 Februari 1992 (bersamaan 18 Sya’ban 1412), hari Sabtu jam 4:00 pagi, Sudirman Hj Arshad telah kembali ke Rahmatullah di rumah kakaknya, Datin Rudiah binti Haji Arshad yang beralamat di No. 16, Jalan Taban Satu, Lucky Garden, Bangsar Park, Kuala Lumpur setelah 7 bulan mengidap penyakit radang paru-paru (pneumonia). Jenazah Allahyarham telah dibawa pulang ke Temerloh dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chengal, Temerloh pada hari yang sama jam 3:45 petang.




KONGSIKAN:



FOLLOW KAMI SEKARANG DI TIK TOK

SUBSCRIBE : X-PLORASI TELEGRAM

Ads Bottom