Nama penuhnya ialah Tuan Guru Haji Abdul Aziz Bin Haji Osman dan beliau dilahirkan pada tahun 1918 di Patani. Beliau ialah ayah saudara kepada Tuan Guru Pak Long Suhaimi Guar Kepayang, Kedah.
Beliau mendapat pendidikan awal di Pondok Bendang Kebun selama beberapa tahun sebelum melanjutkan pelajaran ke Mekah selama hampir 20 tahun.
Di antara guru-gurunya ialah :
1. Tuan Guru Haji Nik Abdullah al-Jambui, Jala
2. Tuan Guru Haji Abdullah Bendang Kebun
Selepas selesai menuntut ilmu, beliau pulang ke kampung halaman dan mendirikan sebuah pondok di Sendung Gajah, Daerah Teluban atau Saiburi. Pondoknya diberi nama Madrasah at Ta'limiah wal Tarbiyah.
Baba Haji Abdul Aziz merupakan menantu kepada Tuan Guru Haji Wanik Pondok Hutan Kolam, Saiburi.
Beliau meninggal dunia pada tahun 2001 ketika berusia 83 tahun.
Sumber - Ustaz Mohammad Amin, Tengku Yusuff
KONGSIKAN: