Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Program SEMARAK, potong rambut rockers dan Tan Sri Mohamed Rahmat




Pada 1 Januari dalam tahun 2010, Tan Sri Mohamed Rahmat kembali kerahmatullah menjelang genap usianya ke 72.  Allahyarham lebih dikenali dengan panggilan Tok Mat dan pernah berkhidmat di bawah lima Perdana Menteri dan Presiden UMNO sepanjang empat dekat penglibatannya dalam kerajaan serta parti.  

Allahyarham, pernah dilantik sebagai Menteri Penerangan sebanyak dua kali iaitu dari tahun 1978 hingga 1982 dan dari 1987 hingga 1999.  Sesuatu yang paling diingati oleh rakyat ialah Program Setia Bersama Rakyat (SEMARAK) yang diasaskan oleh allahyarham yang bertujuan meningkatkan semangat cintakan negara.  Allahyarham juga adalah seorang pemimpin yang tegas.  Hakikat ini ditampilkan diantaranya dalam menyelesaikan isu artis tempatan apabila mengarahkan penyanyi rock memotong rambut panjang jika mahu menyertai program di RTM. 

Allahyarham yang bertanggungjawab memperkenalkan Kumpulan Pembaca, Pendengar dan Penonton (K3P) bagi menggalakkan rakyat menambah pengetahuan melalui pembacaan akhbar, radio dan menonton televisyen. Dengan pemergiannya mendukacitakan seluruh negara yang memahami dan mengikuti perjuangan beliau.

Arkib Negara Malaysia



KONGSIKAN:



SUBSCRIBE : X-PLORASI TELEGRAM

Ads Bottom