awal tahun 2025 tentera penjajah Israel menyerang kem pelarian Jenin yang mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang Palestin dan mencederakan ramai lagi.
Serangan tersebut turut melibatkan penggunaan dron tentera Israel yang menembak peluru berpandu ke arah sekumpulan individu di kem itu.
Selain itu, Pihak Berkuasa Palestin (PA) turut melancarkan operasi terhadap pejuang di Jenin yang dilihat sebagai usaha untuk mendapat sokongan Israel dan Amerika Syarikat.
PA juga menekan kebebasan media, termasuk menyekat laporan Al Jazeera mengenai operasi mereka di Jenin.
Walaupun menghadapi tekanan daripada tentera Israel dan PA, pejuang di Jenin terus berjuang demi kebebasan dan hak mereka, memperlihatkan semangat yang tidak pernah pudar.
Beberapa faktor utama yang menjadikan pejuang di Jenin terus berjuang adalah:
1. Sejarah Perjuangan Yang Panjang
Jenin dikenali sebagai "kubu kuat pejuang" sejak kebangkitan Palestin pada tahun 1936 sehingga 1939, yang mana lebih awal daripada kebangkitan di Gaza. Bahkan boleh dikatakan pemula kepada sejarah awal kebangkitan pejuang Palestin.
2. Kekuatan Batalion Jenin
Batalion Jenin yang terdiri daripada pejuang dari Hamas, Jihad lsIami, Fatah dan lain-lain terus menjalankan operasi ketenteraan terhadap penjajah. Mereka menggunakan serangan hendap, periuk api dan teknik perang bandar untuk melemahkan tentera Zionis.
3. Sokongan Penduduk Tempatan
Rakyat yang berada di Jenin termasuk kem pelarian Jenin, menyokong penuh para pejuang dengan menyediakan perlindungan, makanan dan maklumat risikan.
4. Kegagalan Israel Mengalahkan Pejuang
Walaupun serangan berulang kali, lsraeI gagal menghancurkan infrastruktur pejuang kerana semangat perjuangan yang tinggi.
Tindakan keras lsraeI hanya meningkatkan kebencian dan mendorong lebih ramai anak muda menyertai kumpulan pejuang.
5. Inspirasi daripada pejuang terdahulu
Pejuang di Jenin menjadikan tokoh seperti Sheikh Izzuddin AI-Qassam dan para syuhada Intifada sebagai inspirasi untuk meneruskan perjuangan.
Kesimpulannya, Jenin tetap menjadi pusat pertahana Palestin di Tebing Barat kerana gabungan sejarah jihad, kekuatan pejuang, sokongan rakyat, dan kegagalan Israel untuk menundukkan semangat perjuangan mereka.
Unit Kajian Strategik
Dunia Palestin Network
KONGSIKAN: