Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Bergelar "Serambi Mekkah" menyemarakkan dendam Portugis menyerang Melaka



Zaman kegemilangan empayar kerajaan Melayu Melaka, ia merupakan pusat ilmu pengetahuan agama Islam di Nusantara sehingga digelar serambi Mekkah. Pada ketika itu dapat dilihat bahawa Sultan-Sultan dan pembesar-pembesar Melaka pada zaman itu sangat berminat dengan ajaran agama Islam. Meraka sangat ingin mempelajari ilmu pengetahuan khususnya ilmu pengatahuan Islam. 

Mereka sangat menghormati dan memberikan layanan yang sangat baik kepada golongan ulama dan para pembesar sangat digalakkan menuntut ilmu agama.

Terdapat juga ramai Sultan Melaka sendiri berguru dengan ulama. Sebagai contoh dapat dilihat di dalam buku Sejarah Melayu, Sultan Mansur Syah telah berguru dengan Maulana Abu Bakar dan Sultan Mahmud Syah pula berguru dengan Kadhi Yusof. Menurut Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Atas menjelaskan bahawa Sultan pada awal sering berfoya-foya, tetapi selepas kedatangan Islam mereka mula gemar menganjurkan penulisan dan pentafsiran ilmu-ilmu sejarah dan tasawuf serta falsafah Islam.

Tom Pires dan De Eredia telah mencatatkan kunjungan ramai ulama dari Pasai dan lain-lain tempat ke Melaka pada zaman itu. Terdapat beberapa nama-nama ulama yang pernah datang berkunjung ke Melaka  antaranya ialah Makhdum Sayyid Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Kadhi Yusof, Kadhi Menua, Kadhi Munawar Syah, Maulana Sadar Johan dan lain-lain. Mereka ini terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Benggali. Arab, Pasai, Gujerat dan Parsi. Pada peringkat permulaan terdapat ramai mubaligh-mubaligh Islam asing telah datang ke Melaka dengan bertujuan untuk berdakwah dan mengajar ilmu pengetahuan Islam kepada raja-raja, pembesar dan rakyat. 

Kemudiannya lahir pula ulama daripada anak tempatan Melaka Melalui buku Sejarah Ilmu di Minagkabau, penulisan Prof. Muhammad Yunus beliau menjelaskan bahawa Melaka telah menghantar ulama-ulama ke Kampar (Minangkabau Timur), Batak Toba, Kepulauan Filipina dan Makassar.

Selain itu terdapat juga mubaligh-mubaligh asing yang datang ke Melaka untuk mendalami ilmu pengetahuan Islam. Menurut R.O Winstedt, rekod Jawa ada mencatatkan. dua orang tokoh Wali Songo (Wali Sambilan) dari Jawa iaitu Sunan Bonang dan Sunan Giri datang ke Melaka bertujuan mempelajari ilmu di akhir abad ke-15. Terdapat Wali Songo yang lainnya iaitu Sunan Kalijaga dan mendalami ilmu pengetahuan Islam di Melaka iaitu di Pulau Upih. Mereka ini semua telah memainkan peranan yang penting di dalam pengislaman di Pulau Jawa. Berdasarkan Sejarah Melayu, pelarian dari Champa iaitu Syah Indera bersama pengiring-pengiringya telah memeluk Islam dan belajar agama Islam di Melaka.

Apabila Islam bertapak di Alam Melayu, tradisi istana sebagai pusat ilmu pengetahuan telah diteruskan. Pada zaman kegemilangan Islam di Melaka, ilmu pengetahuan tidak dimonopoli oleh golongan raja dan bangsawan sepertimana zaman Hindu-Buddha. Hal ini demikian kerana menuntut ilmu pengetahuan merupakan tuntutan ke atas dan rakyat biasa. Oleh itu, istana telah menjadi tumpuan cerdik pandai dari dalam dan luar negeri. Menurut D.G.E Hall, peranan istana Melaka selain daripada fungsi sebagai pusat pengajian Islam ia juga menjadi pusat dakwah ułama-ulama dan mubaligh-mubaligh bagi menyebarkan Islam di rantau ini. Kegiatan keilmuan yang berlaku di istara-istana raja Melayu bukan sahaja menyentuh pengajian kitab-kitab agama, tetapi terdapat juga ilmu berkenaan pentadbiran dan politik. Sebagai contoh, Sultan Mansur Syah amat berminat dengan ilmu pengajian tasawuf di istana oleh itu, baginda berguru dengan Maulana Abu Bakar.

Di samping itu, istana juga dijadikan tempat menterjemah dan menyimpan kitab-kitab mengenai Islam. Sejarah Melayu ada menyembut bahawa Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah telah dibaca oleh orang-orang Melaka semenjak abad ke-15. Sejarah Melayu menyebut kitab Darul Mazlum karangan Maulana Abu Bakar dari Jeddah diarak hingga ke balairong. Kemudian telah dibawa ke Pasai untuk diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Selepas itu telah dibawa ke Melaka untuk dipelajari di istana.

Selain daripada istana, masjid rumah dan madrasah telah juga memainkan peranan penting dalam institusi pengajian ilmu pengetahuan Islam dan pusat penyebaran Islam. Masjid-masjid dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka telah digunakan sebagai pusat Pendidikan dan penyebaran Islam. Mengikut Sejarah Melayu, Sultan Muhammad Syah bagi memuliakan bulan Ramadhan terutamanya pada malam ke 27, disamping menunaikan sembahyang terawikh bersama rakyat. Istana dan masjid telah menjadi pusat pengajian dan dakwah yang begitu berkesan sehingga menjadi kerajaan kesultanan Melaka terkenal sebagai pusat penyebaran Islam di Nusantara.

Kemasyhuran Melaka sebagai serambi Mekkah telah menyemarakkan dendam kesumat tentera salib Portugis dalam misinya menghapuskan Islam di Timur. Walaupun kota Melaka ditawan, gerakan dakwah Islam tetap subur di alam Melayu. Misi tentera salib Portugis menghapuskan terus Islam di Nusantara terhalang akibat asakan serangan berterusan pejuang-pejuang Melayu.




KONGSIKAN:



SUBSCRIBE : X-PLORASI TELEGRAM

Ads Bottom