Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Alasan paling bangsat seorang ayah di Penjara Taiping




Seorang pengguna media sosial mendedahkan banduan kesalahan seksual paling ramai menghuni Penjara Taiping, Perak berdasarkan perkongsian ketika lawatannya ke penjara itu.

Menerusi hantaran di laman X, @ciksepul berkata seorang banduan kesalahan seksual yang dipenjara 75 tahun, antara penghuni paling lama di situ atas kesalahan merogol tiga anaknya.

"Antaranya banduan paling lama kat dalam sekarang ni kena 75 tahun sebab rogol tiga anak dia.

"Alasan 'sebelum orang lain rasa baik saya rasa dulu Tuan'. Perghh hang (anda) bayangkan. Tapi memang ada," katanya yang hadir ke penjara itu dan mendengar ceramah disampaikan pegawai penjara berkenaan baru-baru ini.

Tambah @ciksepul, banduan terbabit beragama Islam dan tinggal di kawasan pedalaman di sebuah rumah yang tiada bilik.

Menceritakan lebih lanjut, beliau berkata disamping banduan kesalahan seksual yang paling ramai menjadi penghuni di Penjara Taiping terdapat juga banduan atas kesalahan lain termasuk banduan kes bunuh.

Banduan bunuh cincang ibu ada di Penjara Taiping

"Banduan kesalahan seksual paling banyak. Termasuklah datuk rogol cucu. Banduan bunuh cincang mak dia ada juga sebab dadah.

"Polis yang langgar budak sampai mati kat Ipoh pun ada dalam ni masih kena reman," katanya.

RM34.50 sehari kos kerajaan tanggung seorang banduan

Dalam pada itu, @ciksepul turut mendedahkan bahawa kadar perbelanjaan dikeluarkan kerajaan untuk menanggung makan dan minum untuk setiap seorang banduan di negara ini adalah RM35.40 sehari.

"Sehari enam kali makan. Makan takdak (tiada) garam. Minuman tak buh (letak) gula.

"Sebab itu banduan kena kerja kat (dekat) dalam (penjara) untuk dapat gaji sebagai motivasi untuk beli kicap dan gula," katanya.

Tambah beliau buat masa ini dianggarkan terdapat 90,000 banduan berada di penjara seluruh Malaysia.

Selain itu, katanya makanan paling popular yang kerap diminta oleh banduan akhir sebelum menjalani hukuman gantung adalah Kentucky Fried Chicken atau KFC.

@ciksepul turut memaklumkan hukuman gantung kali terakhir dijalankan di Penjara Taiping adalah pada 2018.

Ternyata perkongsian mengenai kisah-kisah di sebalik tirai besi oleh @ciksepul ini menarik perhatian ramai dan tular di media sosial selain mendapat 1.6 juta tatapan di laman X.

Hantaran yang dimuat naik, semalam itu turut mendapat 14,000 tanda suka serta 7,000 siaran semula.

BH sedang berusaha mendapatkan maklum balas pengurusan Jabatan Penjara Malaysia mengenai sebarang kaedah pemulihan khusus terhadap banduan jenayah seksual dalam penjara.

Penjara Taiping ditubuhkan pada tahun 1879 dan merupakan kompleks penjara yang pertama, dan penjara moden tertua di Malaysia. Ia juga merupakan kompleks penjara terbesar pada masanya.

Pada tahun 1881 wadar Sikh dibawa masuk untuk membantu warden tempatan dan pelatih vokasional dibawa masuk dari Hong Kong bagi memperkenalkan industri berguna dalam penjara.

Pada tahun 1882 terdapat tindakan bagi menempatkan tahanan menurut kategori. Pada tahun 1889 seorang wadar Eropah dilantik.

Dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, penjara Taiping menjadi pusat tahanan bagi tahanan tempoh panjang dari Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor.

Pada tahun 1923 sistem "Lawatan Hakim" telah diperkenalkan. Industri penjara telah dikembangkan dan termasuk kerja cetakan, penghasilan kain, menjahit dan kerja tangan rotan dan kerja besi.

Pada tahun 1924 kerja batu dihentikan dan diganti dengan mengupas kelapa.

Ketika Perang Dunia Kedua diikuti pendudukan Jepun (1941-1945), penjara Taiping digunakan sebagai penjara awam dan juga sebagai pusat tahanan perang Jepun. Pada tempoh ini kesemua rekod mengenai penjara dan tahanannya musnah.

Sumber : Berita Harian 2 Januari 2025




KONGSIKAN:



SUBSCRIBE : X-PLORASI TELEGRAM

Ads Bottom