Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Saya tak punya kawan, boleh tolong saya?


Mac 22 adalah hari ulang tahun kelahiran Allahyarham P Ramlee, Allahyarham telah meninggal dunia di usia 44 tahun. Ahmad Nawab membuka cerita bahawa mereka berdua berasal dari Pulau Pinang dan belajar di Francis Light English School yang mana Ahmad Nawab adalah empat tahun lebih muda dari P Ramlee.

“Pada masa itu, orang tidak kenal siapa P Ramlee sebab dia belum lagi menjadi bintang filem. Kemudian, bila dia ke Singapura dan menjadi pelakon barulah ramai yang mengenali beliau,” ujar Ahmad Nawab.

Sementara P Ramlee mengasah bakat lakonannya, Ahmad Nawab menuntut ilmu dalam bidang muzik dari ayahnya sambil bekerja di kelab malam sebagai pemuzik untuk menyara hidup.

Mereka kemudian bertemu di Kuala Lumpur apabila P Ramlee menubuhkan studio di Merdeka Filem di Ampang.

“Kami bertemu pada 1964. Dia panggil saya dan berkata, ‘Boleh tolong saya? Saya bikin filem di sini dan saya tidak punya kawan, boleh tolong saya,’” cerita Ahmad Nawab.

P Ramlee memerlukan seorang komposer yang berupaya mengarahkan skor filemnya dan secara kebetulan, Ahmad Nawab adalah orang yang terbaik untuk menjalankan tugas tersebut.

“Setiap minggu, saya akan bertemu dia. Kami berborak sebagai kawan, bukan sebagai pelakon.

“Dia tahu saya adalah penulis lirik dan dia meminta saya mengarang untuk filemnya,” ujanya lagi.

Oleh itu, Ahmad Nawab bekerja dengan P Ramlee untuk filem klasiknya Do Re Mi, Nasib Do Re Mi dan Sesudah Suboh.

Menurut Ahmad Nawab, di dalam filem Masam-Masam Manis, P Ramlee membawakan watak sebagai pemain saxophone dan ianya adalah memek dari rakaman muzik Ahmad Nawab.

“P Ramlee adalah pelakon yang sangat berbakat tetapi dia tidak boleh bermain saxophone. Beliau boleh bermain violin dan piano tetapi bukan saxophone,” ujarnya.

Kata Ahmad Nawab, dia masih ingat bagaimana sahabatnya itu berterima kasih di atas bantuannya.

Menariknya, di luar layar P Ramlee adalah seorang yang sukakan kehidupan persendirian dan suka menghabiskan masa di rumah.

“Beliau adalah seorang sahabat yang sangat baik dan bijak. Dia suka bikin filem untuk semua orang,” ujar Ahmad Nawab.

Menurutnya lagi, filem-filem P Ramlee diilhamkan dari perbezaan kebudayaan di Malaysia sehingga menjadikan ia begitu menarik dan tidak lapuk di telan zaman.

“Apabila anda menonton filem P Ramlee, anda sentiasa mahu menonton lagi dan lagi, seperti tidak puas. Tetapi kalau filem lain tidak begitu, sekali sudah cukup,” katanya.

Selain P Ramlee, Ahmad Nawab turut bekerjasama dengan Saloma sebelum Biduanita Negara itu berkahwin dengan P Ramlee. Malah, dia masih ingat bagaimana bahagianya kedua pasangan ini.

Namun hingga kini, Ahmad Nawab masih tidak dapat melupakan satu perkara yang sentiasa membelenggunya iaitu perbualan sebelum kematian P Ramlee yang berlaku semasa mereka mengadakan persembahan muzik.

P Ramlee telah menjemput Ahmad Nawab untuk menonton persembahan muzikal bersamanya dan semasa persembahan tersebut satu soalan keluar dari mulut P Ramlee.

“Awak fikir orang masih ingat kepada saya? Saya jawab, ‘Mestilah orang akan ingat kerana kamu adalah seorang yang sangat istimewa.’ Sehingga hari ini, saya boleh lupa soalan dari dia.

“Tidak akan ada seorang lagi P Ramlee,” kata Ahmad Nawab.

“Bakat adalah anugerah Allah, walau orang boleh meniru gayanya, ia tidak akan menjadi sama. Hanya ada satu P Ramlee saja,” ujarnya.

“Allah berikan dia semuanya, saya percaya, dia adalah lelaki yang hebat dan sangat berbakat. Sebagai anak Malaysia, kita semua patut bangga kepada P Ramlee.

“Dia adalah seorang pelakon, pengarah, komposer dan penyanyi yang hebat. Tiada siapa yang boleh menjadi seperti seniman P Ramlee,” akhiri Ahmad Nawab.

Tan Sri Ahmad Nawab atau nama penuhnya Ahmad Khan Nawab Khan meninggal dunia di kediamannya di Taman Melawar, Gombak pada 3.15 petang Ahad. 24 November 2024






KONGSIKAN:



SUBSCRIBE : X-PLORASI TELEGRAM

SUBSCRIBE : X-PLORASI TELEGRAM

Ads Bottom