Pada tahun 1959 Lapangan Terbang Subang pernah menjadi hab utama penerbangan negara sebelum pembukaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Ia dibina untuk menggantikan Lapangan Terbang Kuala Lumpur di Sungai Besi, yang tidak lagi mampu menampung peningkatan jumlah penumpang dan kargo.
Subang dipilih sebagai lokasi pembinaan kerana kawasan tersebut mempunyai tanah yang luas dan sesuai untuk pembangunan lapangan terbang, selain jaraknya yang strategik, tidak terlalu jauh dari Kuala Lumpur. Projek pembinaan dimulakan pada tahun 1959 dengan sokongan dana dan teknikal daripada kerajaan British. Pembinaan landasan utama sepanjang 3.7 kilometer mencatatkan rekod sebagai salah satu landasan terpanjang di Asia Tenggara ketika itu.
Pada penghujung tahun 1965, lapangan terbang ini mula beroperasi setelah dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri ketika itu, yang turut menamakannya sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Subang. Lapangan terbang ini menerima penjenamaan baharu pada tahun 2003, apabila ia dinamakan semula sebagai Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, sempena nama Almarhum Sultan Selangor yang baru sahaja mangkat pada masa itu.
KONGSIKAN: