Di Muzium Naval Madrid, Sepanyol, terdapat banyak koleksi persenjataan orang Melayu, khususnya dari Jolo dan Mindanao. Antara yang dipamerkan ialah Rentaka Melayu, Baju Zirah, Keris Panjang dan Kapal Perang Melayu @ Parao. Menariknya alatan seperti keris juga dilihat dipamerkan di muzium ini.
Ada yang di antara kita tidak pernah mengenali apa itu Rentaka Melayu. Rentaka atau lantaka ialah sejenis meriam pusing gangsa mudah alih yang dipasang pada kapal dagang dan kapal perang di Asia Tenggara maritim. Ia biasanya dipasang pada kapal pelayar tempatan dari Filipina, Indonesia dan Malaysia.
Senjata ini biasanya digunakan untuk mempertahan diri daripada lanun yang sering menuntut ufti dan pengiktirafan kepada kepala daerah atau kerajaan.
Perahu Perang Melayu, konsep Fast Attack Craft dengan.kelengkapan pelbagai meriam seperti Parao memang hebat. Kini semua menjadi harta rampasan perang kafir ke atas para syuhada Kerajaan Melayu silam.. nenek moyang kita yang berani serta hebat.
Naval Museum of Madrid, Armada Espanola.
KONGSIKAN: