Syeikh Muhammad Mutawali Sya'rawi dilahirkan pada 1 April 1911 di Markaz Mithghamr bandar Daqadush Daqahliah Mesir. Beliau telah berjaya menghafaz al-Quran pada umurnya 11 tahun.
Beliau meneruskan pelajaran awalnya di Maahad Ibtidai' al-Azhar Zaqaziq dan sempat mendapat sijil Syahadah Maahad pada tahun 1923.
Kemudian beliau menyambung pelajarannya ke tahap sanawi selepas pada itu dan sangat alim dalam bidang Syair dan Adab. Seterusnya beliau meneruskan pengajiannya di Universiti al-Azhar pada tahun 1937 di Kuliah Bahasa Arab.
Antara Kitab yang dikarang beliau ialah :
1. Tafsir As-Sya'rawi
2. al-Islam Wal Fikri al-Muasir
3. at-Taubah
4. Hikam Asraru Ibadah
5. al-Islam Wal Mar'ah
6. al-Hayat Wal Maut
Berikut merupakan jasa bakti beliau :
1. Guru Syariah Maahad al-Azhar Tanta, Maahad Iskandariah dan Maahad Zaqaziq
2. Pensyarah Kuliah Syariah di Universiti Malik Abd Aziz Jeddah
3. Mudir Maktab Imamul Akbar Syaikhul Azhar 1964
4. Wazir Auqaf Syuun al-Azhar Mesir 1980
Beliau telah kembali ke rahmatullah sebagai seorang mufassirin yang dihormati pada 17 Jun 1998 bersamaan 22 Safar 1419H ketika berusia 87 tahun.
KONGSIKAN: