Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Mak tak pernah lupakan Siddiq




BANDA ACEH: Di hadapan rumah Saudah di Pulau Sumatera Indonesia terletak dua kapal pengawal pantai yang rosak, dihanyutkan tsunami 20 tahun lalu, terus menjadi ingatan setiap hari bahawa anak bongsunya masih belum pulang.

Saudah, masih yakin Muhammad Siddiq, yang berusia enam tahun ketika kejadian tsunami besar melanda pada 26 Disember 2004, masih hidup dan tidak berputus asa percaya anaknya itu akan kembali satu hari nanti.

Gelombang besar itu yang tercetus akibat gempa bumi berukuran 9.1 magnitud, mengorbankan kira-kira 230,000 orang yang menetap di sepanjang pantai, termasuk di India, Indonesia, Sri Lanka dan Thailand, menjadikan ia salah satu bencana paling dahsyat dalam sejarah.

Lebih separuh jumlah mangsa yang maut berada di Aceh, wilayah di hujung utara Sumatera, di mana Saudah dan keluarganya tinggal.

Kini usianya sudah 64 tahun, ingatan Saudah masih kuat mengimbau kejadian bencana besar itu dan situasi jirannya berlari keluar rumah dalam keadaan panik.

Ingatannya masih kuat ketika dia memegang Siddiq serta menjerit kepada tujuh anaknya yang lain untuk berlari ke masjid.

"Saya tak lari. Saya hanya berbaring sambil memegang kuat Siddiq dan saya fikir ia hanya angin. Saya berdoa kepada Tuhan dan bertanya kepada-Nya, apa yang berlaku.

"Tiba-tiba saya melihat ombak besar menghampiri seperti ular," katanya dalam nada suara yang kelihatan bergetar.

Sambil memegang kuat Siddiq, dia melarikan diri menuju ke masjid, namun ombak kuat mengejar dan menghanyutkan mereka, memaksa kedua-duanya terpisah.

Selepas itu, Saudah disatukan semula dengan hanya enam orang anaknya, di mana Siddiq dan seorang daripada anak perempuannya masih belum ditemui hingga kini.

Bagaimanapun, anak perempuannya dipercayai sudah dikebumikan dalam satu kubur besar.

Beberapa mangsa terselamat memberitahu mereka melihat Siddiq, antara 500,000 yang kehilangan tempat tinggal dalam bencana itu, sementara suami Saudah berkongsi mimpinya mengenai Siddiq, mengatakan dia masih hidup.

Keluarga itu meletakkan harapan tinggi dan terus berdoa supaya Siddiq menemui jalan kembali ke rumah baharu mereka, lokasi sama dengan kediaman lamanya.

"Kami terus mencarinya dan saya sentiasa menyiarkan gambarnya di media sosial. Jika dia masih hidup, saya harap dia pulang," kata anak lelaki Saudah, Femi Malisa, 42 tahun.

Berita Harian 26 Disember 2024

Sebarkan, moga Siddiq kembali



KONGSIKAN:



SUBSCRIBE : X-PLORASI TELEGRAM

Ads Bottom