Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Kisah mujahadah ulama Melayu di bumi Makkah



Tuan Guru Baba Khairul Anuar pernah menceritakan sebuah kisah mujahadahnya Tuan Guru Pak Lang Kria Alor Janggus dalam menuntut ilmu. 

Suatu hari, kota suci Makkah dilanda banjir yang sangat besar sehingga paras air naik sampai ke dada. Masa tu guru kesayangan beliau, Syeikh Qadir al-Mandili pesan pada beliau untuk uruskan sesuatu hal berkaitan kenduri. Jadi Pak Lang pun terima perintah tersebut, dan beliau bertanya pada gurunya itu, "Tok Guru nak kemana". Kata Syeikh Qadir "Aku nak pi ngajar". Subhanallah, dalam keadaan banjir besar pun, Syeikh Qadir pergi mengajar lagi.

Dengar kata-kata tu, Pak Lang pun terus minta sahabatnya uruskan permintaan Syeikh Qadir dan beliau juga terus ke Masjidil Haram untuk belajar dengan Syeikh Qadir. 

Di sini ada dua mujahadah besar yang alim ulama kita tunjukkan. Satu mujahadah dalam mengajar dan satu lagi mujahadah dalam belajar.

Sumber : Jejak Ulama Nusantara

Tuan Guru Pak Lang Kria Alor Janggus

Syeikh Qadir al-Mandili 




KONGSIKAN:



SUBSCRIBE : X-PLORASI TELEGRAM

SUBSCRIBE : X-PLORASI TELEGRAM

Ads Bottom