Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Keunikan rumah tradisional Melayu Pahang




Rumah Tradisional Melayu Negeri Pahang. Secara umumnya, terdapat tiga jenis seni bina rumah tradisional Melayu di Pahang iaitu rumah bumbung panjang dua lapis, rumah bumbung panjang bercorak bujang, dan rumah bumbung limas. Namun, jenis rumah bumbung panjang dua lapis atau lebih dikenali sebagai Rumah Serambi Pahang atau Rumah Tiang Enam Belas merupakan variasi seni bina rumah Melayu tertua yang masih wujud di Pahang.

Keunikan utama rumah tradisional ini terletak pada kaedah pembinaannya yang tidak menggunakan sebarang paku dan hanya menggunakan tanggam serta pasak untuk mencantumkannya. Antara ciri lain yang membezakan setiap jenis rumah tradisional Pahang adalah reka bentuk bumbungnya.  Rumah tradisional Melayu Pahang biasanya berbumbung panjang manakala di tepi dindingnya dipasang tebar layar dan pinggirnya diukir indah. Rumah Serambi Pahang tidak mempunyai para di ruang dalaman tebar layar bumbungnya dan hujung bumbung rumah ini juga tidak dihias dengan pemeleh. 



Rumah Serambi Pahang juga mengandungi sebuah ruang separa terbuka (semi-private) di bahagian hadapan iaitu ruang serambi gantung yang mana lantainya adalah lebih rendah berbanding ruang-ruang dalaman yang lain. Ruang serambi menjadi tempat berlegar anak teruna dan teman-teman sebayanya berkumpul. Aktiviti kampung lain seperti kenduri-kendara, menyirat jala juga dilakukan di serambi. 










KONGSIKAN:



SUBSCRIBE : X-PLORASI TELEGRAM

SUBSCRIBE : X-PLORASI TELEGRAM

Ads Bottom