Seorang nelayan di Republic Czech telah menangkap ikan keli terbesar dalam sejarah negara itu. Ikan gergasi tersebut memiliki panjang 2.64 meter.
Nelayan terkenal Jakub Vagner telah melihat "raksasa" bawah air itu pada musim panas, tetapi ikan keli itu licik dan melarikan diri.
Sejak itu, dia memasang impian untuk menangkapnya dan impian itu akhirnya tercapai.
Vagner menariknya ke darat dan menyedari bahawa ikan keli itu lebih besar daripada semua tangkapan sebelumnya.
Tangkapan yang luar biasa itu berlaku di Vranovska prehrada (Takungan Vranov) berhampiran bandar Znojmo (Moravia Selatan).
Menurut Vagner, perjuangan untuk menggulung ikan besar tersebut berlangsung selama kira-kira setengah jam.
Selepas ikan disukat, Vagner memilih untuk melepaskannya semula ke dalam air di mana ia berenang perlahan-lahan.
KONGSIKAN: