"Biarlah, ulat inipun suatu penghidupan semacam kita juga, iapun mahu makan seperti kita makan!”.
Antara kisah yg terjadi dipenghujung usia Tok Kenali yg tidak diketahui ramai adalah beliau diuji menghidapi penyakit kudis.
Kisah ini terdapat di dalam kitab Sejarah Hidup Tok Kenali yg ditulis oleh Sheikh Abdullah Al-Qari. Diceritakan pada penghujung kehidupan Tok Kenali, beliau dikatakan hanya terlantar sakit dirumahnya kerana menghidapi sakit kudis di kaki kirinya sehingga menyebabkan kakinya berlubang dan berulat.
Pada suatu hari, ketika Tok Kenali sedang mandi di tepi telaga di pondoknya, ulat-ulat yang berada di kudisnya terjatuh, lalu beliau memanggil salah seorang muridnya yang bernama “Haji Gelang Tok Uban” untuk mencari dan meletakkan kembali ulat-ulat tersebut di kakinya.
Melihat keadaan Tok Kenali, muridnya meminta untuk membersihkan kudisnya dan membuang ulat-ulat di kudisnya itu agar kakinya segera sembuh, namun dengan bersahaja Tok Kenali berkata:
"Biarlah, ulat inipun suatu penghidupan semacam kita juga, iapun mahu makan seperti kita makan”.
Di dalam hal ini, Sheikh Abdullah Al-Qari berkata:
“Ya! Aneh seribu kali aneh. Orang pengasihan sesama makhluk tuhan, orang sufi!”
Walaupun sesetengah orang hari ini mempertikai tindakan Tok Kenali kerana tidak mengubati penyakitnya, hakikatnya kajian sains perubatan, penggunaan ulat beletung juga merupakan salah satu kaedah perubatan berkesan dimana ianya akan merembeskan enzim yang mempercepatkan proses memecahkan sel-sel kulit yang mati sekaligus dapat merawat luka tersebut.
KONGSIKAN: