"Irredentism" - kecenderungan negara-bangsa baru untuk klaim wilayah yang lebih besar berbanding wilayah yang sedia ada: Greece mahu "Greater Greece", Bulgaria mahu "Greater Bulgaria", Serbia mahu "Greater Serbia". Bagi mereka, negara mereka tak "lengkap" tanpa ada wilayah tersebut. Disebabkan wilayah yang mereka klaim bertindih, maka konflik dan peperangan tidak dapat dielakkan.
Fenomena irredentism ini juga berlaku di Asia Tenggara pasca Perang Dunia Kedua. Selepas merdeka daripada penjajah, negara-negara baru ini mula nak klaim apa yang mereka boleh klaim untuk memenuhi visi nasionalisme masing-masing.
Indonesia di bawah Sukarno nak klaim "Greater Indonesia" atau Indonesia Raya yang menyatukan seluruh Nusantara, termasuk seluruh kepulauan Borneo.
Filipina di bawah Diosdado Macapagal pula klaim sebahagian Borneo Utara (Sabah) berdasarkan wilayah Kesultanan Sulu dalam sejarah.
Di Brunei pun ada gerakan untuk menubuhkan "Greater Brunei" yang menggabungkan Brunei, Sabah dan Sarawak sebagai "Kalimantan Utara". Gerakan ini disokong oleh Sukarno, sekiranya berjaya, Kalimantan Utara pun akan mengalami nasib yang sama seperti Kalimantan dan Sumatra iaitu diserapkan ke dalam Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI).
Sekiranya Malaysia tidak dibentuk, sudah tentu Indonesia akan melaksanakan pelan pencaplokan (annexation) ke atas Sabah dan Sarawak. Kita tak pasti berapa lama Sabah dan Sarawak mampu bertahan, terutamanya selepas British membuat keputusan untuk menutup kesemua pengkalannya "east of Suez" bermula tahun 1971 atas masalah kewangan. Mungkin perjuangan kemerdekaan bersenjata seperti di Irian Jaya dan Timor-Leste akan berlaku di Sabah dan Sarawak.
Dan kemungkinan Filipina dan Indonesia akan clash akibat perebutan ke atas wilayah timur Sabah. Instead of ASEAN yang aman damai seperti hari ini, mungkin rantau ini akan jadi rantau yang berkonflik berkepanjangan.
Apa yang akan jadi kepada Tanah Melayu dan Singapura? Sekiranya cita-cita Greater Indonesia tercapai, kawasan perairan Indonesia akan bersambung terus dengan Laut China Selatan, ini memberi Indonesia kelebihan untuk mendominasi perdagangan laut di Asia Tenggara. Selat Sunda dan Selat Lombok akan jadi laluan utama instead of Selat Melaka. Tanah Melayu akan dipencilkan dan dipinggirkan: apakah Bangsa Melayu sekiranya tidak menjadi bangsa pelaut?
What an awful scenario.
Mujurnya ini semua tidak berlaku. Apa yang berlaku ialah Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak bergabung. Bukan saja mereka bergabung dan berkongsi kekuatan dalam pertahanan, malah Tunku berjaya mewujudkan satu-satunya negara di Asia Tenggara yang merangkumi wilayah Asia Tenggara Daratan dan Asia Tenggara Maritim, menjadikan Malaysia "gateway" kepada dua lautan (Pasifik dan Hindi). Sukarno kena checkmate, macam mana dia tak marah dan bernekad untuk "Ganyang Malaysia"?
Disebabkan ada Malaysia, baru ada Konfrontasi; disebabkan ada Konfrontasi, baru ada kegagalan Konfrontasi yang menjejaskan imej Sukarno yang seterusnya membolehkan downfall-nya pada tahun 1965. Dengan downfall Sukarno, baru Malaysia, Filipina, Indonesia, Singapura dan Thailand boleh duduk semeja dan menubuhkan ASEAN pada tahun 1967 yang memainkan peranan utama dalam menjadikan rantau ini rantau yang aman damai. Dengan adanya ASEAN, British nak "east of Suez" pun dia punya hal lah.
Jelas, pembentukan Malaysia adalah satu keputusan "win-win" bagi semua yang terlibat. Ia membebaskan negara-negara baru merdeka ini daripada "dilema keselamatan" dan membina asas untuk Malaysia muncul sebagai "pivot state" dalam ASEAN. Para bapa-bapa pengasas (founding fathers) Malaysia tentu melihat benda-benda ini selain keperluan memerangi komunis, dan ini mendorong mereka untuk bermuafakat demi kebaikan yang lebih besar.
Hargailah apa yg kita ada. Resist suara-suara yang cuba merobohkan keutuhan "Union" kita ini.
"Greater Together"
Sumber asal : Ayman Rashdan Wong
KONGSIKAN: