Ketika PN menjadi kerajaan di bawah PM Tan Sri Muhyiddin, Datuk Seri Takiyuddin Hassan telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Undang-undang.
Sepanjang setahun lebih memegang portfolio tersebut, lebih tujuh usaha yang berjaya dibuat. Antaranya empat pindaan RUU iaitu RUU Insolvensi, RUU Mahkamah Kehakiman dan RUU Mahkamah Rendah dan RUU Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit COVID-19 2020.
Bagi mengatasi kesan besar pandemik ketika itu, maka ditubuhkan Pusat Mediasi COVID-19 dan Ordinan Darurat bagi membendung tularan COVID-19 yang menjejaskan kehidupan ekonomi rakyat.
Beliau juga mengusahakan pelaksanaan Undi-18 secara automatik dan berjaya mewujudkan pengiktirafan program Sarjana Muda Undang-Undang dan Syariah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diperjuangkan sekian lama.
Setelah itu, negara dipimpin pula oleh PM Dato’ Seri Ismail Sabri dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan sekali lagi dilantik ke dalam kabinet kerajaan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli.
Turut menyumbang lebih tiga kejayaan dasar dan polisi yang baik iaitu pindaan RUU Pemuliharaan Hidupan Liar, pindaan RUU Harta Pusaka Kecil dan pindaan RUU Perhutanan Negara buat kali kedua selepas 29 tahun (1993).
Beliau telah menstruktur satu sistem ekonomi dengan penawaran kuota solar baharu dan menyediakan akses kepada Tenaga Boleh Baharu (TBB) untuk membantu syarikat-syarikat memenuhi komitmen Environmental, Social & Governance (ESG).
Jika dilihat daripada latar belakang pendidikan dan kerjaya beliau, tidak mustahil beliau mempunyai kebolehan dan wibawa kepimpinan yang tinggi.
Beliau menghabiskan pendidikan menengah beliau di sekolah berprestasi cemerlang di Maktab Mahmud Alor Setar dan Kolej Islam Klang (KISAS) dan melanjutkan pengajian tinggi di dalam Ijazah Sarjana Undang-undang di UM.
Bukan calang-calang pelajar, ketika menuntut di UM beliau menggalas jawatan Presiden memimpin Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya pada tahun 1983 dan 1984.
Bertugas sebagai majistret di Pasir Mas, Kelantan sebaik tamat pengajian dan membuka firma guaman sendiri di Kota Bharu.
Penglibatan beliau dalam politik sudah menjangkau tiga dekad sejak 1989 lagi. Beliau pernah menjadi Ketua Pemuda PAS Kelantan(1999), Ketua Penerangan PAS Kelantan(2003-2004) dan terkini sebagai Setiausaha Agung PAS Pusat sejak 2015.
Ini adalah antara pimpinan ‘cream of the cream’ yang dilahirkan PAS. Beliau berjaya mengekalkan prestasi cemerlang dalam bidang guaman di dalam parti dan luar parti serta sumbangan yang besar dalam mengurus struktur dan organisasi PAS.
Bakat kepimpinan ini sekali gus membuktikan kebolehan PAS mentadbir negara dengan kejayaan dan sumbangan beliau memikul tanggungjawab sebagai menteri di dua kementerian berbeza.
Sumber : Zurk Ahmad
Ketua Penerangan PAS Selangor
KONGSIKAN: