Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !


Tuan Guru Haji Zainal Abidin, Kampung Cheh ( 1935 - 2024 )


IKLAN



Nama penuhnya ialah Tuan Guru Haji Zainal Abidin Bin Haji Isa dan beliau dilahirkan pada tanggal 3 Disember 1935 di Kampung Cheh, Bukit Gantang, Taiping, Perak. Tokoh ini lebih dikenali dengan nama Haji Din dan merupakan seorang anak tunggal.

Selepas tamat Sekolah Rendah Kampung Cheh, Bukit Gantang beliau melanjutkan pengajiannya ke tanah suci Mekah al-Mukaramah dalam usia lebih kurang 17 tahun, pada 1951 hingga 1953. Selepas pulang dari Mekah, Tuan Guru belajar pula selama 2 tahun di Pondok Tuan Guru Haji Abdul Majid, Guar Cempedak, Kedah.

Antara guru-gurunya ketika di Mekah ialah :

1. Syeikh Salleh Tok Kenali al-Kalantani
2. Syeikh Abdullah Zawawi Tok Kenali
3. Tuan Guru Haji Ahmad Bapu al-Fathani
4. Tuan Guru Haji Ayah Mi al-Fathani

Pada tahun 1955, beliau telah berkawin dengan Hajah Aisyah yakni anak gadis kepada Tuan Guru Haji Wan Amin Bin Toyyib, seorang ulama yang berjasa di Kampung Bukit Cempedak, Bukit Gantang.

Ketika sihatnya, Tuan Guru Haji Zainal Abidin bertugas sebagai imam di Masjid Kampung Cheh sehingga jatuh uzur. Kini beliau menetap bersama keluarganya di Kampung Cheh, Bukit Gantang.

Beliau meninggal dunia pada 11 Oktober 2024 dalam usia 89 tahun.

Sumber - Maklumat yang dikongsikan oleh Ustaz Khadafi Dafi (cucu Tuan Guru), Tengku Yusuff, Jejak Ulama Nusantara






KONGSIKAN:




Ads Bottom