Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Kerana Gunung Fuji, kondominium ini terpaksa dirobohkan



Pembinaan kondominium di Tokyo ni awalnya sudah mendapat persetujuan dari penduduk sekitar, tapi akhirnya dirobohkan di saat akhir sebab menghalang pemandangan Gunung Fuji. 

Pemaju (Sekisui House Ltd) telah mengubah pelan kondo dari 11 tingkat ke 10 tingkat dengan merendahkan tinggi setiap tingkat, tetapi ianya tetap menghalang pemandangan Gunung Fuji. 


Akhirnya beberapa minggu sebelum siap, pemaju akur dan ambil keputusan untuk merobohkan kondo tersebut dan meminta maaf kepada penduduk sekitar kerana tidak mengambil kira kepentingan nilai budaya dan pemandangan di kawasan tersebut.


Pemaju juga membayar ganti rugi kepada pembeli dan menanggung kos merobohkan kondominium tersebut. 

Sumber : Zunita Ramli, Kyodo News



Ikuti kami di TELEGRAM:

https://t.me/X_PLORASI

KONGSIKAN:



Ads Bottom