Insan berketurunan kulit hitam Afrika-Amerika ini, bernama George McLaurin yang pertama diterima melanjutkan pengajiannya di Universiti Oklahoma, Amerika Syarikat pada tahun 1948.
Pun begitu, ia beliau dipaksa duduk disudut terpisah dari rakan-rakan sekuliahnya yang terdiri daripada warga kulit putih.
Namun, namanya tetap tercatat dalam daftar kepujian sebagai salah seorang daripada tiga orang mahasiswa terbaik di fakulti perguruan tinggi tersebut.
Ini kata-kata hebat George McLaurin ;
' Beberapa rakan memandangku seperti aku tidak lebih dari seekor haiwan, mereka tidak mahu berbicara denganku dan, bagi para pensyarah pula aku dianggap seolah-olah tidak ada serta bersikap acuh tidak acuh dan jarang sekali menjawab pertanyaanku.
Aku benar-benar mengabdikan diri sepenuhnya, dan akhirnya teman-temanku mula mencariku.Malah, tenaga pengajar mulai memperhatinkanku dan, aku tidak lagi menjadi tidak terlihat bagi mereka.'
Sumber : George McLaurin, The Life And Legacy Of The First Black Student At OU.
Ikuti kami di TELEGRAM:
KONGSIKAN: