Pada Disember 1937, ketika perlawanan Chelsea menentang Charlton di Stamford Bridge, permainan itu ditamatkan pada minit ke-60 kerana masalah kabus tebal.
Malangnya penjaga gol Charlton, Sam Bartram tidak menyedari perlawanan tersebut telah dihentikan dan terus menjaga gawangnya selama 15 minit.
Dia tidak mendengar wisel pengadil kerana bunyi bising dari penonton di belakangnya. Dia percaya rakan sepasukannya sedang menyerang di kawasan lawan
Jadi, dia terus berdiri dan menumpukan perhatian untuk melindungi gawangnya di dalam kabus tebal.
Hanya selepas 15 minit kemudian, apabila polis perlawanan menghampirinya dan memaklumkan perlawanan itu telah dihentikan, Sam Bartram menjadi kecewa dan berkata,
"Sedih sangat bila kawan-kawan melupakan saya ketika saya menjaga gawang untuk mereka."
Ikuti kami di TELEGRAM:
KONGSIKAN: