Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Perasmian Jambatan Sultan Abu Bakar, Pekan Pahang




Pada 22 Februari 1970, Sultan Pahang DYMM Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al Mu’tasim Billah Shah telah merasmikan pembukaan Jambatan Sultan Abu Bakar di Pekan, Pahang.  Jambatan yang merentangi Sungai Pahang ini dinamakan Jambatan Sultan Abu Bakar mengambil sempena nama baginda.  Jambatan sepanjang 600 meter ini, menghubungkan Peramu atau dikenali juga sebagai Pekan Seberang dengan Kampung Mengkasar, yang terletak berhampiran dengan bandar Pekan.  

Pembinaan Jambatan Sultan Abu Bakar ini menelan belanja sebanyak RM2.5 juta. Sebelum pembinaan jambatan ini, penduduk-penduduk Pekan terpaksa menggunakan Feri (Pontoon) sebagai alat perhubungan bagi merentasi Sungai Pahang.  Perjalanan menggunakan feri ini mengambil masa yang agak panjang, malah membahayakan terutama pada musim banjir.  Dengan adanya jambatan ini bukan sahaja dapat memudahkan penduduk untuk menyeberangi Sungai Pahang malah dapat menyediakan laluan perhubungan darat yang lebih baik. 








Ikuti kami di TELEGRAM:

https://t.me/X_PLORASI

KONGSIKAN:



Ads Bottom