Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Nasib malang etnik Selknam, bukti betapa bangsatnya bangsa Eropah




Merupakan salah satu etnik paling tragis dalam sejarah peradaban tamadun dunia moden , sebuah keluarga berasal daripada oang asli Selknam menaiki kapal dalam perjalanan menuju ke Eropah.

Gambar diambil pada tahun 1899 , ianya bukanlah demi masa hadapan yang terjamin, sebaliknya keluarga suku asli ini telah dinafikan hak oleh penjajah.

Kerana mereka bakal dilayan setara dengan haiwan akan diletakkan dalam sebuah tempat dinamakan "Zoo Manusia" disebabkan gaya hidup barat moden menggilai minat berunsur eksotik.

Suku etnik Selknam, juga dikenali sebagai kaum Onawo atau Ona merupakan orang asal mendiami wilayah Patagonia ,selatan Argentina, Chile dan termasuk kepulauan Tierra del Fuego. 

Terpaksa mengalami tragedi di tanah air sendiri , etnik Selknam merupakan  kumpulan orang asli terakhir menetap di Amerika Selatan setelah benua itu ditemui oleh pendatang Eropah pada abad ke-19.  

Populasi mereka telah jatuh mendadak pada awal abad ke-19, daripada jumlah asap 4,000 orang asli Selknam telah menurun kepada 279 orang pada tahun 1919 setelah berlakunya tragedi genosid dilakukan oleh bangsa Eropah terutamanya golongan pemburu emas.

Akhirnya pada tahun 1930 ,dianggarkan hanya berbaki kurang daripada 100 orang asli Selknam yang masih hidup.




Ikuti kami di TELEGRAM :
KONGSIKAN:




Ads Bottom