Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

 #FREE_PALESTINE

Menara Masjid Kleang saksi bisu pembantaian orang Melayu oleh Komunis




Masjid Kleang dibina pada tahun 1834. Terlihat menara masjid yang megah terbina dari pandangan tebing Sungai Mekong di perkampungan Svay Kleang, yang menjadi nadi masyarakat Islam minoriti Kemboja selama berabad-abad dan memainkan peranan penting dalam masyarakat Muslim Cham. Orang Cham adalah orang Austronesia yang mungkin berhijrah dari Borneo.  Kerajaan Champa berada dipuncak kejayaan pada abad ke-9 apabila ia menguasai tanah antara Hue di tengah Annam hingga Delta Mekong di Indo China.

Kini hanya tinggal menara Masjid sahaja. Masjid Kleang musnah semasa pertempuran orang-orang Melayu Champa menentang pengganas Komunis Khmer Rouge pada tahun 1975. Pertempuran berlaku apabila penduduk Melayu menghalang tindakan rejim Komunis Khmer merampas masjid untuk dijadikan kandang khinzir.

Gambar tahun 1918



KLIK LINK DI BAWAH :



KONGSIKAN:



 

Promosi termurah di Tik Tok seluar cargo 100% catton 6 poket

Ads Bottom