Tahun 2024, selepas 19 tahun tepatnya pada hari sabtu 19 November 2005, gambar Haditha Massасre (pembunuhan beramai-ramai Haditha) telah dibocorkan kepada akhbar New York Times.
Tentera marin Amerika Syarikat membunuh 24 orang awam Iraq ketika itu.
Mereka membunuh seluruh keluarga dalam jarak dekat, termasuk membunuh bayi.
Semua mangsa dikatakan terpaksa melihat satu sama lain mati.
Semoga setiap askar yang terlibat kekal dalam neraka jahanam selamanya!
Sumber: AdameMedia
Antara yang dibunuh: Zainab Younis Salim yang berusia 5 tahun. Tembakan ke kepala. Marin yang menembak turut menulis angka 11 di badan Zainab sebagai cara untuk membeza mangsa dalam gambar.
Seorang ibu, Ayda Yassin Ahmed mati dikelilingi anak-anaknya yang turut dibunuh.
Ayesha Younis Salim berusia tiga tahun. Ditembak dan ditulis nombor 12 pada pipinya.
Berusia lima belas tahun, Noor Younis Salim mati di sebelah katil di mana empat adik-beradiknya mati ditembak. Hanya saudara perempuannya bernama Safa terselamat apabila tembakan marin ke bawah katil tempat mereka bersembunyi terlepas dari mengenai Safa.
Ikuti kami di TELEGRAM:
KONGSIKAN: