Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Banglo berhantu dijual pada harga RM9.57 juta



LONDON – Sebuah banglo digelar ‘paling berhantu di Wales’ ditawarkan untuk dijual pada harga £1.6 juta (RM9.57 juta), lapor akhbar Daily Mirror semalam.

Rumah dinamakan Derwydd Mansion itu menawarkan 14 bilik tidur, empat bilik mandi, tujuh bilik tetamu dan pondok serba lengkap yang sesuai untuk tetamu atau sewaan percutian. 

Keluasannya menjangkau 1,185 meter persegi dan terletak di kawasan kampung Carmarthenshire yang tenang di Wales.

Bagaimanapun, menurut penduduk tempatan, hantu wanita dikenali sebagai White Lady atau nama sebenarnya Gwen Vaughan, akan menjelma di hadapan lelaki bujang di rumah tersebut.

Sejarah rumah itu bermula sejak tahun 1485 dan pada suatu ketika, ia menempatkan kesatria Wales, Sir Rhys ap Thomas.

Kisah menyeramkan tersebut diperturunkan dari generasi ke generasi, yang menceritakan mengenai penampakan hantu yang muncul di tingkap.

Menerusi perkongsian di platform perbincangan sosial, Reddit, seorang netizen memberikan komen dengan menyatakan rumah itu sememangnya berhantu.

Seorang lagi netizen menulis: “Makhluk halus itu hanya menghantui lelaki yang belum berkahwin.” – AGENSI



Ikuti kami di TELEGRAM:

https://t.me/X_PLORASI

KONGSIKAN:



Ads Bottom