Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

30 Ogos 1957 : Union Jack diturunkan di Melaka


Pada 30 Ogos 1957, tepat jam 6.30 petang bertempat di Padang Bandar Hilir, Melaka telah berlangsung upacara menurunkan bendera 'Union Jack'. Penurunan bendera yang dilakukan lebih awal daripada tempoh berakhirnya pemerintahan British di Tanah Melayu ini menandakan berakhirnya pentadbiran British di Melaka selama 133 tahun. 

Bendera ini diturunkan oleh dua orang anggota dari kapal perang kecil, H.M.S. Saint Bride's Bay dengan diiringi oleh tiupan serunai. Bendera 'Union Jack' ini kemudiannya diserahkan kepada Resident Commissioner, Tuan H.G. Hammett yang terdahulu daripada itu telah menerima tabik hormat daripada pasukan pancaragam batalion pertama Rhodesian Rifles. 

Upacara bersejarah yang menyaksikan Melaka dan seluruh Persekutuan Tanah Melayu bebas daripada cengkaman penjajah ini telah disaksikan oleh ribuan orang ramai yang membanjiri Padang Bandar Hilir, Melaka.

Acara menurunkan bendera 'Union Jack' di Padang Bandar Hilir, Melaka, 30 Ogos 1957.


Ikuti kami di TELEGRAM :
KONGSIKAN:




Ads Bottom