Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Anak jerung bermata satu ditemui


[IKLAN] CARA MUDAH BUAT DENGAN SHOPEE Nak buat duit dengan shopee tanpa ada produk sendiri? sertai SHOPEE AFFILIATE PROGRAM sekarang. Anda mampu menjana pendapatan dengan hanya kongsikan link produk sahaja. Daftar sekarang KLIK DI SINI


Seorang nelayan di Indonesia menemui seekor anak jerung bermata satu yang menggemparkan orang ramai. Anak jerung bermata satu ditemuinya selepas membelah perut jerung dewasa yang tersangkut dalam jaring.

Difahamkan, semasa nelayan terbabit mahu membelah usus haiwan tersebut, mereka mendapati di dalamnya ada beberapa ekor anak jerung.

Seorang nelayan berkata dia menemui tiga ekor anak jerung dalam perut jerung dewasa namun menyedari seekor anak jerung itu mempunyai mata yang aneh.
Anak jerung yang dikatanya aneh itu berwarna putih dan mempunyai satu mata di tengah-tengah kepala dan sepasang sirip kecil yang baru terbentuk.


Oleh kerana merasa pelik, mereka pun membawa anak jerung itu ke pihak penyelidik untuk pemeriksaan.

Menurut informasi yang diperoleh, anak jerung aneh bermata satu itu sebenarnya mengalami penyakit Cyclopia iaitu kecacatan kelahiran yang menyebabkan embrio membentuk satu mata.

Sebelum ini juga, pernah tular anak jerung yang mempunyai ciri-ciri yang serupa, bermata satu di Mexico. 






Ikuti kami di TELEGRAM :
KONGSIKAN:


Ads Bottom