Anak kelahiran Perak, Ng Boon Bee mula bermain badminton sejak berumur 10 tahun dan selain bermain badminton, dia juga handal dalam sukan ragbi dan bola sepak malah semasa dia menjadi juara Perak Schoolboy dalam acara perseorangan dan beregu pada tahun 1955, ia bagaikan membuka pintu kejayaan Ng Boon Bee dalam sukan badminton.
Seawal tahun 1959, Ng Boon Bee digambarkan dalam Straits Times sebagai “pemain agresif yang tidak teragak-agak menggunakan smashnya — pukulan terbaiknya.” Pat Davis menggambarkan Ng Boon Bee sebagai “pemain penuh tumpuan, semangat dan kekuatan.”
Ng Boon Bee membuat keputusan untuk fokus usahanya dalam badminton pada tahun 1961.
“Saya mempunyai cita-cita untuk memenangi All England dan saya tahu ia boleh dicapai sekiranya saya berusaha sedaya upaya dalam bermain badminton. Bahkan, saya juga membuat janji kepada Khir Johari (presiden Persatuan Badminton Malaya ketika itu) bahawa kami akan membawa pulang Piala Thomas suatu hari nanti” – Ng Boon Bee, pemain sukan badminton. Dipetik dari BWF Museum.
Ng Boon Bee menjadi partner Tan Yee Khan dalam karier awal sebagai pemain badminton profesional. Dia juga membuktikan janji-janjinya sebagai pemain beregu dengan memenangi gelaran di Malaysian Open, All England, Asian Games dan Asian Championships dan SEA Games.
Gunalan mendapat gelaran ‘Black Panther’
Penglibatannya dalam sukan badminton bermula pada awal 1960 semasa menjadi juara Badminton Negeri Sembilan dalam acara perseorangan, beregu dan beregu campuran (1961-1963). Dia menjadi juara junior dalam Asia Badminton Championship di Kuala Lumpur
Ng Boon Bee dan Punch Gunalan menjadi partner dalam badminton selepas 1969. Ia menjadi titik perlawanan yang berjaya dan membanggakan sebab mereka memenangi banyak gelaran tapi yang paling besar ialah memenangi gelaran All England pada tahun 1971.
Bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila mereka berdua terpilih untuk mewakili Malaysia di Olimpik Munich 1972 serta memenangi pingat perak. Ng Boon Bee dan Punch Gunalanberjaya menundukkan beregu Indonesia — Rudy Hartono dan Indra Gunawan. Gandingan mantap ni lah membuatkan diorang berjaya membolot sejumlah kejuaraan lain selepas itu.
“Saya menarik diri dalam acara perseorangan dan menumpukan perhatian kepada beregu kerana saya telah memenangi hampir semua gelaran di dunia dengan Boon Bee. Saya tak pernah kalah dalam setiap permainan bila dengan Boon Bee” – Punch Gunalan. Pemain sukan badminton. Dipetik dari The Star
Namun, ada sedikit salah faham di Olimpik Munich. Rupa-rupanya badminton hanya sukan demonstrai
Apa maksud sukan demonstrasi ni?
Walaupun Ng dan Gunalan secara teknikal berjaya memenangi pingat perak tapi diorang tak dianggap sebagai pemenang pingat rasmi sebab badminton bukan sukan rasmi Olimpik sehingga tahun 1992. Badminton diperkenalkan dalam Sukan Olimpik Munich 1972 sebagai sukan demonstrasi.
Sukan demostrasi ni merupakan sukan pertunjukan dan tak diambil kira dalam pungutan pingat. Ia juga pada awalnya merupakan peluang bagi negara tuan rumah mempamerkan sukan atau acara yang unik kepada negara mereka. Seperti contoh, Sweden — glima (gusti tradisional Iceland) semasa Stockholm 1912 Summer Olympics. Negara ni selalu digunakan sebagai batu loncatan dalam permohonan untuk dipertimbangkan sebagai sukan pingat Olimpik masa depan.
Bagaimanapun, International Olympics Committee (IOC) menangguhkan sukan demonstrasi selepas Sukan Olimpik 1992 sebab terlalu banyak usaha untuk memberi perhatian yang sama kepada sukan rasmi dan demonstrasi. Akan tetapi, badminton diperkenalkan dalam Sukan Olimpik 1992 di Barcelona, Sepanyol.
Walaupun Ng Boon Bee dan Punch Gunalan tak dapat bersaing dalam 1992 Summer Olympics, diorang mempunyai karier dan kehidupan yang sangat baik selepas bersara. Ng Boon Bee dimasukkan ke Hall of Fame oleh International Badminton Federation (sekarang Badminton World Federation) pada tahun 1998, dan akhirnya Malaysia’s Olympic Council Hall of Fame pada bulan Disember 2015.
Selain itu, Punch Gunalan berkhidmat dalam bidang kejurulatihan dan pegawai dalam Persatuan Badminton Malaysia dan Persekutuan Badminton Antarabangsa (sekarang Persekutuan Badminton Dunia). Dia juga merupakan pengurus pasukan ketika Malaysia membawa pulang Piala Thomas pada tahun 1992.
Ikuti kami di TELEGRAM:
KONGSIKAN: