Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Kemana ghaibnya Istana Bendahara Ali di Pulau Maulana


Kesan-kesan batu runtuhan Istana Bendahara Ali di Pulau Maulana

Istana Bendahara Ali di Pulau Maulana, Pekan tidak wujud lagi tetapi kesan runtuhan dan batu- batu tembok masih dapat dilihat pada hari ini.

Menurut Sejarah Pahang, istana di Pulau Maulana ini dibina tidak lama selepas Bendahara Ali menaiki takhta menggantikan ayahandanya, Bendahara Koris yang mangkat dalam tahun 1806.

Istana ini terletak berdekatan dengan tebing Sungai Pahang dan dibina menghadap ke sungai. Di sinilah dua putera Bendahara Ali, Wan Mutahir dan Wan Ahmad diputerakan.

Tidak banyak yang dicatatkan tentang istana ini cuma apa yang diketahui ia runtuh dan dihanyutkan air semasa bah besar melanda seluruh negeri Pahang dalam tahun 1926.

Tapak Istana Bendahara Ali di Pulau Maulana

Anak panah menunjukkan kedudukan Pulau Maulanag dilihat dari jambatan Abu Bakar, Pekan.






Ikuti kami di TELEGRAM:

https://t.me/X_PLORASI

KONGSIKAN:



Ads Bottom