Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Itulah malam terakhir Chif Inspektor Chin Kooi



Generasi hari ini tidak kenal siapa Chin Kooi, tetapi sejarah negara cukup mengenalinya yang sangat hebat menggalas tanggungjawab sebagai pegawai di Cawangan Khas (SB), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Star.

Sejarah cukup mengenali beliau sebagai seorang yang amat aktif menyiasat dan membongkar kegiatan Parti Komunis Malaya (PKM) dalam 'Gerakan Sedar' di Serdang, Kedah.

Kegigihan dan kesungguhan beliau melumpuhkan kegiatan komunis dengan memusnahkan beberapa tempat persembunyian mereka di kawasan Serdang dan Hutan Relau, Kedah menyebabkan kumpulan itu cukup berdendam untuk mengakhiri riwayat beliau.

Tanggal 12 Julai 1973 menjadi detik sejarah perjuangannya. Pada tarikh tersebut, kira-kira pada pukul 9 malam, enam pengganas komunis telah merempuh masuk ke dalam rumah beliau di Serdang, Kedah.

Pengganas komunis itu melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah beliau. Akhirnya Chin Kooi menghembuskan nafas terakhir di hadapan ahli keluarganya sendiri.

Namun beliau cukup luar biasa. Di saat sedang mengerang kesakitan, beliau masih mampu membalas tembakan musuh tersebut tanpa menghiraukan kecederaan parah yang beliau alami.

Orang tak kenal siapa Chin Kooi, orang tak tahu jasa dan pengorbanannya, orang tak pernah waima mendengar namanya. Tetapi percayalah, nama dan semangatnya akan terus terpahat dalam lipatan sejarah sebuah negara merdeka bernama Malaysia.

Kita terhutang budi padanya. Mendiang Chif Inspektor Chin Kooi.
Ada siapa nak perjuangkan kisah Chin Kooi untuk dimasukkan dalam buku teks sejarah?

Chif Inspektor Chin Kooi



Ikuti kami di TELEGRAM :
KONGSIKAN:




Ads Bottom