Nabi Lut asalnya tinggal dan keluar bersama-sama dengan Nabi Ibrahim. Baginda dididik oleh Nabi Ibrahim dan akhirnya Allah melantiknya menjadi seorang Nabi. Setelah itu, Allah memerintahkannya supaya berpisah dengan Nabi Ibrahim dan pergi ke satu tempat yang bernama Sodom.
Penduduk di bandar Sodom mengamalkan hubungan sesama jenis atau homoseksual.
Nabi Lut berdakwah kepada mereka. Namun, mereka tidak mahu mendengar kata. Akhirnya, Allah menghantar malaikat untuk bertemu dengan Nabi Ibrahim dan Nabi Lut. Malaikat tersebut tampan. Jadi, mereka semua datang mengelilingi Nabi Lut kerana tertarik dengan malaikat itu.
Nabi Lut menasihati kaumnya agar menghormati tetamunya, malah menawarkan anak-anak perempuan yang cantik dan muda untuk dikahwini. Mereka membalas dengan berkata bahawa mereka tidak berminat dengan perempuan dan sukakan sesama lelaki. Akibat tidak mendengar nasihat, akhirnya Allah membalikkan bumi sebagai hukuman. Di bandar-bandar lain, bala yang Allah turunkan seperti ribut petir dan gempa bumi, mayat-mayat boleh dilihat. Tetapi, yang satu ini, disebabkan buruknya perbuatan mereka, Allah membalikkan bumi.
Cara terbaliknya bukanlah seperti kita terbalikkan pinggan. Dalam kitab menyebut, Allah mengangkat naik bumi sehingga makhluk yang berada di langit mendengar kokokan ayam. Betapa tingginya bumi diangkat, kemudian dihempaskan ke bawah. Laut Mati, kandungan garamnya terlalu tinggi. Tiada makhluk yang dapat hidup dan orang tidak dapat menyelam ke bawah. Asal terjun sahaja, kita akan terapung semula. Berkemungkinan hikmahnya adalah Allah tidak mahu kita masuk ke dalamnya dan melihat bekas-bekas yang ada di bawah sana.
Sumber : Dato Hj Nik Amar
Ikuti kami di TELEGRAM:
KONGSIKAN: