Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Jangan datang ke Templer Park selepas jam 6 petang


[IKLAN] CARA MUDAH BUAT DENGAN SHOPEE Nak buat duit dengan shopee tanpa ada produk sendiri? sertai SHOPEE AFFILIATE PROGRAM sekarang. Anda mampu menjana pendapatan dengan hanya kongsikan link produk sahaja. Daftar sekarang KLIK DI SINI


Templer Park merupakan taman rekreasi rimba pertama Malaya. Ia dibuka pada tahun 1954 iaitu semasa Tanah Melayu masih dalam zaman darurat. Ia telah dibuka oleh Sir Gerald Templer, seorang Pegawai Tinggi Tentera British yang telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu bagi menggantikan Sir Henry Gurney, iaitu Pesuruhjaya Tinggi yang telah mati ditembak oleh pengganas komunis dalam satu serang hendap pada bulan Oktober tahun 1951.

Semasa perasmian taman tersebut, beliau dilihat tiba dengan kereta berperisai beserta pengiring tentera. Jika dilihat semasa perasmian taman tersebut, beliau boleh menjadi sasaran mudah pengganas komunis yang mungkin berselindung di sebalik hutan tersebut.

Menikmati makanan semasa berkelah atau meninggalkan sisa makanan adalah sama sekali dilarang dan menjadi satu kesalahan di bawah undang-undang darurat. Ini adalah untuk mengelakkan apa-apa bekalan jatuh ke tangan komunis. Sebaik sahaja masuk waktu perintah berkurung selepas jam 6 petang, pengunjung yang masih berlegar di kawasan ini menghadapi risiko ditembak oleh pihak berkuasa kerana melanggar arahan.

Ikuti kami di TELEGRAM :
KONGSIKAN:


Ads Bottom