Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

 #FREE_PALESTINE

Tuan Guru Haji Mohd Amran Bin Haji Mohd



Tuan Guru Haji Mohd Amran dilahirkan pada tahun 1928 di Kampung Karai, Enggor, Kuala Kangsar, Perak.

Ayahnya, Tuan Guru Haji Mohd Arshad Bin Ibrahim al-Khalidi berasal daripada Sungai Pagu, Minangkabau, Sumatera Barat dari keturunan susur galur Sutan Mangun, Kesultanan Pagaruyung. Almarhum datang ke Tanah Melayu dan tinggal di Kampung Baru dan Kampung Abdullah Hukum di Kuala Lumpur. Beliau berhijrah ke Kampung Karai, Kuala Kangsar, Perak atas jemputan DYMM Sultan Iskandar Shah (Sultan Perak) untuk membantu Tuanku Sultan memperkukuhkan agama islam di Negeri Perak. Ketika itu Negeri Perak kekurangan guru agama dan pondok untuk mendalami agama Islam. Almarhum Tuan Guru Haji Mohd Arshad telah membuka pondok/madrasah di Kampung Karai untuk penduduk tempatan bahkan ada juga anak muridnya datang dari Selangor dan Pulau Pinang. Sahabat karib kepada Syeikh Abdullah Fahim ini wafat pada tahun 1949 di Kampung Karai dan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Karai, Enggor, Kuala Kangsar, Perak.

Ibunya pula bernama Zabedah Binti Mohd Jamil, berasal daripada Minangkabau, Sumatera Barat. Mereka sepasang suami isteri telah berhijrah ke Tanah Melayu.

Almarhum mempunyai 11 orang adik beradik, iaitu :

1. Khairuddin (meninggal kecil)
2. Ustazah Hajah Solehah - berkahwin dengan Abdul Latif
3. Malik (meninggal kecil)
4. Meninggal kecil (tidak diketahui nama)
5. Meninggal kecil (tidak diketahui nama)
6. Hajah Zaharah - berkahwin dengan Haji Abdul Latif
7. Tuan Guru Haji Mohd Amran - berkahwin dengan Raden Rahmah Binti Raden Sulaiman & Hajah Zaharah
8. Hajah Rahmah - berkahwin dengan Haji Kassim
9. Hamdan (meninggal kecil)
10. Ustazah Hajah Hamidah - berkahwin dengan Haji Ahmad Zahari
11. Zawawi (meninggal kecil)

Kesemua anak lelaki Tuan Guru Haji Mohd Arshad meninggal dunia ketika kecil, hanya Tuan Guru Haji Mohd Amran sahaja satu²nya anak lelaki Tuan Guru Haji Mohd Arshad yang hidup membesar sehingga berusia.

Tidak banyak yang diketahui tentang dirinya kerana seorang yang sangat berahsia. Beliau mendalami ilmu agama dengan ayahandanya sendiri iaitu Tuan Guru Haji Mohd Arshad sehingga mahir pelbagai cabang ilmu. Beliau turut mendalami ilmu agama daripada Syeikh Abdullah Fahim dan juga beberapa ulama-ulama yang mengajar di Mekah.

Almarhum bersahabat baik dgn DYMM Sultan Idris Shah II (Sultan Perak) sekaligus sebagai salah seorg daripada penasihat agama Islam kepada Tuanku Sultan. Antara jawatan beliau ketika hayatnya ialah Ahli Majlis Fatwa Negeri Perak dan lain-lain lagi.

Hasil perkahwinan beliau dengan Raden Rahmah Binti Raden Sulaiman (isteri pertama), beliau dikurniakan 7 orang cahaya mata, iaitu :

1. Haji Abdul Rahim @ Azranyi
2. Khadijah - meninggal 1998
3. Haji Mohd Kheir - meninggal 2018
4. Khairiyah
5. Faridah
6. Norul Hudda
7. Haji Mohd Aminuddin

Manakala perkahwinan keduanya dengan Hajah Zaharah, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ahmad Zaharuddin.

 Tuan Guru Haji Mohd Amran Bin Haji Mohd

Beliau meninggal dunia pada 12 Jun 1995 dalam usia 67 tahun. Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Karai, Enggor, Kuala Kangsar berhampiran makam ayahnya.

Sumber - En Lokman (cucu Allahyarham), Tengku Yusuff, Jejak Ulama Nusantara




KONGSIKAN:



  • Dua pegawai Melayu segak bergaya. Gambar diambil sekitar tahun 1900

    Gambar Lama :Dua pegawai Melayu segak bergaya. Gambar diambil sekitar tahun 1900...Perkenalkan:1. Panglima Perang Raja Berayun - Memegang Tongkat2.Tunku Panglima Raja Berkat @ Raja Mat Saman ibni Raja Hussain ibni Sultan Ibrahim (Sultan Selangor ke-2) - Memandang ke sebelah kiri. Baca Selanjutnya

  • Malaya tak mudah ditakluk dengan sekadar naik basikal

    Melihat sejarah penaklukan Jepun sekitar tahun 1941, ramai dari kita menyangka angkatan tentera Imperial Jepun yang diterajui Jeneral Yamashita hanya menggunakan basikal semata-mata. Tidak diketahui ramai, garisan logistik tentera Jepun dan kekuatan militernya tidak semata-mata bergantung penuh kepada bilangan infanteri sahaja, atau kemaraan Jepun ... Baca Selanjutnya

  • Etnik "hantu" di Papua New Guinea

    Di Papua New Guinea, terdapat sebuah etknik yang hidup di kawasan pergunungan dan dikenali sebagai Chimbu. Etnik ini sangat unik kerana mempunyai corak tulang yang dicat pada badan bertujuan untuk menakut-nakutkan musuh dan hantu. Baca Selanjutnya

  • Mengenang 53 tahun peristiwa pembakaran Masjid al-Aqsa

    Masjidil Aqsa di bakar...Tanggal 21 Ogos 2022 menandakan ulang tahun ke-53 serangan yang dahsyat terhadap kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, apabila seorang extremis dari Australia bernama Denis Michael Rohan telah bertindak membakar masjid itu, memusnahkan sebahagian besar tapak dan artifak bernilai yang tidak boleh ditukar ganti. Baca Selanjutnya

  • Pagpag, bukti betapa azabnya kemiskinan dan kelaparan di Filipina

    Di Negara Filipina, terdapat makanan yang dikenali sebagai "pagpag" menjadi hidangan popular di sana. Pagpag merupakan sisa makanan yang dibuang di pelupusan sampah dan dikutip semula kemudian dibasuh dan digoreng untuk dijual semula kepada masyarakat golongan kurang berkemampuan.Kehidupan kawasan setinggan yang sesak dengan kotor di bandar Manila ... Baca Selanjutnya

FOLLOW KAMI SEKARANG DI TIK TOK

SUBSCRIBE : X-PLORASI TELEGRAM

Ads Bottom