Kenapa ramai hari ini ibubapa memilih Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) sebagai pilihan sekolah untuk anak-anak mereka bermula tahun satu sehingga tahun enam?
1. Pendidikan sepanjang hari
Rata-rata SRITI bermula jam 7.30 pagi dan tamat sekitar 4.30 petang. Oleh sebab ramai ibu bapa yang bekerja, masa tersebut sesuai untuk mereka hantar dan ambil anak mereka lewat petang selepas pulang kerja.
2. SRITI dilengkapi dengan KAFA
Di SRITI selain silibus KSSR dan KAFFAH, anak-anak SRITI juga mengambil kelas KAFA. Kelas fardu Ain. Kalau dulu-dulu dipanggil sekolah agama rakyat petang. Masuk tahun lima, anak-anak SRITI ini akan menjalani ujian UPKK. UPKK ini juga dinilai untuk kemasukan ke sekolah menengah kebangsaan agama ( SMKA) .
3. Silibus SRITI kesinambungan PASTI
Ramai alumni PASTI hari ini memilih SRITI. Sebabnya, kesinambungan kurikulum serta biah solehah yang ada di SRITI. Ramai ibu bapa tidak mahu anaknya terlepas peluang untuk proses mengingat doa dan amalan harian di PASTI. Mereka memilih SRITI disebabkan rutin di PASTI dan SRITI adalah hampir sama.
4. Lebih jimat kos harian ibu bapa
Di SRITI ibu ayah tak perlu buang masa hantar dan ambil anak untuk ke sekolah KAFA sesi petang. Di SRITI kelas KAFA sedia ada. Malah ibu bapa tak perlu hadap jem, parking dan tol semata-mata untuk hantar anak ke kelas petang. Kalau sehari boleh jimat RM15.00 ke RM20.00. Kalau sebulan boleh jimat sehingga RM 450.00 ke RM600.00.
5. Sarapan dan makan tengahari di sediakan
Yuran yang dibayar ibu bapa pada setiap bulan termasuk sarapan dan makan tengahari anak-anak. Ibu bapa tak perlu sediakan duit untuk berbelanja. Malah makanan yang dimasak juga, InsyaAllah dari sumber yang halal. Tiada sosej, atau makanan segera untuk anak-anak ini.
6. Halaqah Al Quran
Kebanyakan SRITI pada setiap pagi bermula dengan halaqah Al-Quran. Silibus ini dipanggail TQS. Setiap ahli Halaqah sekurang-kurangnya 10 orang dengan seorang Ustaz atau Ustazah sebagai Murabbi mereka. Setiap pencapaian anak-anak SRITI akan dicatatkan dan dibentangkan kepada ibu bapa semasa program bertemu waris. Ini penting untuk melihat perkembangan bacaan Alquran anak-anak SRITI.
7. Qailullah
Murid SRITI akan berehat dan dibenarkan untuk tidur di SRITI sebelum atau selepas zohor. Bergantung kepada tahap murid dan juga penyediaan makanan tengahari. Yang penting, mereka dibenarkan tidur sebentar untuk meneruskan pengajian di sebelah petang. Kebanyakan akan disedikan ruang tidur didalam kelas.
8. 25 murid untuk satu kelas
Hari ini bising di sekolah satu kelas mencecah 40-50 orang. Memang penuh. Dan juga sukar untuk seorang guru mengawalnya. Di SRITI ditetapkan 25 orang murid sahaja. Kalau terlebih pun mungkin seorang ke dua orang sahaja. 25 murid ini ideal untuk sebuah kelas dalam suasana yang kondusif.
9. Bilangan ratio 10:1
Maksudnya 10 murid mesti ada seorang guru. Jika satu sekolah itu ada 300 murid bermaksud kena ada 30 orang guru untuk sebuah sekolaj SRITI. Ratio ini ideal untuk memastikan guru dapat memantau murid.
10. SRITI hidup dengan wakaf dan infaq
Kebanyakan premis dan fasiliti adalah daripada wakaf dan infaq daripada orang ramai. Ada yang bagi tanah. Ada yang bagi meja. Ada yang bagi aircond. Ada yang bagi beras. Ada yang bagi watercooler. Budaya ini sejak zaman kegemilangan Islam dulu lagi. Diteruskan oleh generasi SRITI. Saham pahala yang menyumbang akan terus berjalan walaupun sudah tiada, InsyaAllah
Ini sepuluh sebab kenapa SRITI menjadi pilihan selepas PASTI. Dan kalau nak tahu, ramai anak-anak guru juga menghantar ke SRITI sebab apa? Sebabnya, mereka mahukan anak-anak mereka sentiasa bersama Quran dan mahukan suasana biah solehah.
Ikuti kami di TELEGRAM:
KONGSIKAN: