Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Disember 1917 : Bermulanya Baitulmaqdis ditawan penjajah British



Gambar lama di atas ini memaparkan penjajah British, General Sir Allenby memasuki Kota Suci Baitulmaqdis, di Jerusalem pada 11 Disember 1917.

Kota Suci Baitulmaqdis dapat ditawan oleh Inggeris yang diketuai oleh Jeneral Edmund Henry Hynman Allenby. Selepas 730 tahun kota ini dibawah pemerintahan umat Islam.

Tanah Suci Baitulmuqaddis dan Masjid Al-Aqsa di Jerusalem adalah salah-satu tempat paling mulia dan suci dalam Islam, selain Kota Mekah dan Kota Madinah.


Bermulanya episod hitam Baitulmaqdis dijarah penjajah British demi menjayakan negara Yahudi berpaksikan fahaman Zionis.

Penaklukan Baitulmaqdis oleh penjajah British dilakukan dengan bantuan dan kerjasama tentera-tentera Arab bagi memerangi Daulah Islam Turki Uthmaniyyah.

Iaitu terdiri daripada ;

1.Tentera Arab Bersatu dari wilayah Najd dan Hasa, dibawah perintah Abdul Aziz Ibn Saud.

2.Askar Hijaz, dibawah arahan Hussain Ibn Ali, Shareef Mekah.

3.Askar Arab Bersatu Jabal Shammar, dan

4.Pasukan tentera Amir Faisal Ibn Hussain Ibn Ali.

Manakala, tentera-tentera British dibawah pimpinan ;

1.Edmund Allenby, 1st Viscount Allenby ( 1861 - 1936 )

2.T.E. Lawrenve ( Lawrence of Arabia )

Dengan berakhirnya pemerintahan kekhalifahan Islam Turki Uthmaniyyah ditangan penjajah kuffar Eropah yang didokong oleh bangsa Arab.Maka, bermulalah episod baru dalam lembaran duka umat Islam yang sehingga kini menjadi lemah, berpecah-belah dan terhimpit dalam sistem acuan barat serta percaturan kapitalis mereka.

Sumber : Sejarah Pakatan Arab Dan Sekutunya, British Bagi Meruntuhkan Daulah Kekhalifahan Turki Uthmaniyyah.



Ikuti kami di TELEGRAM:

https://t.me/X_PLORASI

KONGSIKAN:



Ads Bottom