Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

 #FREE_PALESTINE

Aziz Sattar : Itulah sejarahnya saya tertidur 24 jam


Pada awal 1960an Aziz Sattar, P. Ramlee dan rakan-rakan seperjuangannya sering mendapat jemputan untuk membuat persembahan pentas di seluruh negara. Pada 1962, mereka mendapat undangan daripada guru-guru Perlis. Yang turut pergi kali ini memenuhi undangan ialah P Ramlee, Saloma, Ibrahim Pendek dan Kassim Masdor.

Tujuan undangan itu adalah untuk mengisi tabung sekolah. Persembahan diadakan selama tiga malam dan oleh kerana sambutan yang sangat menggalakkan, pihak guru-guru Perlis meminta mereka menyambung persembahan tiga malam lagi. Selesai persembahan malam keenam dan terakhir, mereka dijamu pula, kemudian berbual sehingga pukul 4 pagi. Pukul 5 pagi barulah mereka berangkat pulang.

Adakah mereka terus memandu pulang ke Singapura? Tidak.

Aziz Sattar menceritakan,  “Dalam perjalanan pulang, apabila kami hampir sampai ke Butterworth, P. Ramlee dan Saloma bertukar fikiran. Mereka meminta dihantar ke Pulau Pinang kerana hendak pulang dengan kapal terbang MSA. Saya dan Kassim Masdor terpaksa menghantar P. Ramlee dan Saloma ke Pulau Pinang. Sebelum itu Ibrahim Pendek sudah menaiki kereta lain dengan seorang rakannya.

“Selepas menghantar P. Ramlee dan Saloma, saya bersama Kassim Masdor memandu kereta P. Ramlee jenama Dodge plat SA 7071, pulang ke Singapura. Di pertengahan perjalanan, kami singgah di Kuala Lumpur kerana ingin menemui rakan-rakan seperjuangan di kedai Yusof Suria, Chow Kit. Pada pukul 11 malam baru saya dan Kassim Masdor pulang ke Singapura.

“Oleh sebab waktu itu belum ada lebuh raya, hanya pada pukul 8 pagi esoknya baru kami sampai di Singapura. Saya amat mengantuk kerana dua malam tidak tidur. Pagi itu saya mahu terus tidur tetapi tanpa diduga bapa saudara isteri saya, Dayang Sofia, tiba dari Amerika dan mengajak saya berjalan-jalan pada pagi itu juga. Saya tidak dapat menolak permintaannya.
“Pada pagi itu saya sekeluarga menemani bapa saudara Dayang Sofia berjalan-jalan hingga pukul 11 malam. Ketika itu mata saya sudah tidak dapat dibuka lagi. Pada malam itu dari rumah ibu Dayang Sofia, saya balik ke Boon Teck Road kira-kira pukul 12 malam.

“Tiba di rumah, rakan-rakan sedang bersembang di rumah Haji Mahadi, di sebelah rumah saya. Saya tidak dapat melayan sama, lalu terus masuk tidur.

“Apabila tersedar pukul 12.30 dan suara rakan-rakan masih kedengaran bersembang, saya pun keluar sambil menegur mereka, “Kenapa rakan-rakan masih tidak balik tidur?”

“Rakan-rakan menjawab, “Kau bilang kami tak tidur? Kita semua dah shooting pun siang tadi. Kita dah makan dan kita sambung cerita kami malam tadi.”

“Mendengar penerangan itu, baru saya sedar bahawa rupa-rupanya saya sudah tidur selama 24 jam tanpa makan, minum dan mandi. Itulah sejarah saya tidur selama 24 jam.”

Kisah ini dipetik daripada buku MEREDAH GELOMBANG SENI : MEMOIR AZIZ SATTAR (Terbitan Finas) 

Zulkarnain Zakaria



KONGSIKAN:



  • Zoo manusia : perangai celaka bangsa Eropah

    Perangai orang di Barat ataupun yang berkulit putih sangatlah musibat terutama ketika zaman kolonisasi dulu.Mereka menganggap orang yang tidak satu kaum dengan mereka sebagai tidak bermaruah dan layak diperlakukan seperti haiwan.Mereka sangat rasis dan tidak sedikit pun menghormati bangsa lain. Antara yang menjadi mangsa mereka adalah orang kulit h... Baca Selanjutnya

  • Bagaimana Komunisme merosakkan khazanah tamadun China

    Parti Komunis China (PKC) telah mengambil tindakan berjaga-jaga dalam persiapannya untuk menyambut ulang tahun ke-100, di mana Beijing dijaga ketat. Premis menjual pisau diarah untuk meminta pengenalan diri dan melaporkan maklumat pelanggan kepada polis.Restoran di kawasan larangan juga terpaksa menutup pintu. PKC turut menahan orang yang pergi ke ... Baca Selanjutnya

  • Asal usul burger...

    Sebelum terciptanya burger atau bahan asas kepada makanan tersebut, daging hancur sudah mula wujud dalam kulinari Eropah sejak abad ke-4 lagi.Dalam buku Apicius (buku resepi masakan Rom Kuno) telah di temui satu hidangan daging cincang yang dicampur bersama biji pine (kacang pine), lada hitam dan wain.Bagaimanapun, pada abad ke-12, orang Mongol di ... Baca Selanjutnya

  • eksperimen Dr Money yang gila hampir musnahkan hidup pasangan kembar ini

    Kita mungkin sudah tahu pasal seseorang yang khunsa ada dua jantina masa lahir. Jadi, dia boleh pilih salah satu daripadanya bergantung kepada diri sendiri yang lebih kepada maskulin atau feminin.Tapi apa yang hendak diceritakan ini adalah disebabkan salah berkhatan, seorang bayi lelaki ni terpaksa dibesarkan sebagai perempuan dan lebih malang dija... Baca Selanjutnya

  • Operation Meetinghouse : Operasi pengeboman yang paling membinasakan dalam sejarah manusia

    Tahun 2022, 77 tahun yang lalu, Amerika Syarikat mengebom Tokyo yang membunuh lebih 100,000 orang awam. Operasi mengebom Jepun oleh Amerika Syarikat dalam Perang Dunia II bermula pada April 1942 sebagai serangan balas susulan insiden Pearl Harbor dan semakin rancak pada 1944. Namun ia gagal memberi impak besar ekoran pertahanan cekap Jepun.&nb... Baca Selanjutnya

FOLLOW KAMI SEKARANG DI TIK TOK

SUBSCRIBE : X-PLORASI TELEGRAM

Ads Bottom