Pada tahun 1980, Muhammad Ali telah ditewaskan oleh petinju yang lebih muda dari dirinya, iaitu Larry Holmes. Mike Tyson yang turut menonton perlawanan itu, berasa sangat sedih dan kecewa. Kerana idolanya telah dikalahkan pada malam bersejarah itu.
Tyson telah bertekad untuk membalas dendam, bagi menebus maruah Muhammad Ali yang telah tercalar. Setelah itu, Tyson menerima suatu panggilan telefon, daripada team Muhammad Ali, yang menawarkan latihan tinju kepadanya.
Tyson menerima tawaran itu, kemudiannya dia telah dilatih oleh jurulatih Muhammad Ali. Lapan tahun kemudian, setelah memenangi banyak perlawanan. Tyson telah mencabar Larry Holmes.
Sebelum perlawanan bermula, Muhammad Ali telah berpesan kepada Tyson, supaya menghancurkan petinju itu.
Mike Tyson akhirnya melunaskan dendamnya dengan penuh bergaya, apabila berjaya menewaskan Larry Holmes secara KO. Kisah dua petinju heavyweight beragama Islam yang bersejarah ini, sangat mengagumkan.
Ikuti kami di TELEGRAM:
KONGSIKAN: