Satu penemuan yang sangat mengejutkan mengikut catatan buku ini. Pasukan British yang mengejar Mat Kilau dan Tok Gajah sebenarnya ramai terdiri dikalangan orang Melayu kita sendiri. Sedangkan di dalam filem digambarkan sebaliknya. Bukanlah hendak mempersoalkan apa yang telah digarapkan di dalam filem. Memang benar di dalam filem terdapat sisi segelintir orang Melayu yang menjadi bangsat tergamak menjadi barua kepada British, namun wajar menunduk malu dan sedih menurut cacatan buku ini orang Melayulah paling ramai mengkhianati pahlawan-pahlawan Pahang itu.
Itulah yang terjadi sehingga hari ini. Keturunan saka penjajah terus menghidup meracun dan menikam dari belakang.
Dengan kata lain, negara dan bangsa kita, pahlawan-pahlawan kita tidak jatuh jika tiada pengkhianat bangsa seperti ini.
Berikut adalah :
Dengan kekuatan 252 orang.
3 pegawai inggeris
"190 orang Melayu"
39 Orang Dayak
8 Orang Sikh
2 Orang Asli
10 Orang Siam
Sejarah luka bangsa ini ditoreh oleh pengkhianat.
Melawanlah dengan buku dan pena jika tidak mahu bangsa ini diperlaku tak ubah seperti seekor sapi.
Ikuti kami di TELEGRAM:
KONGSIKAN: