Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Haji Muhammad Daud : Ulama dan pejuang kemerdekaan



Nama penuhnya ialah Tuan Guru Haji Muhammad Daud Bin Abdul Jamil dan beliau dilahirkan sekitar tahun 1910an. Ayahnya, Abdul Majid Bin Hamwal berasal dari keturunan Mandailing manakala ibunya orang Perak. Ayahnya telah meninggal dunia sekitar tahun 1940. Tuan Guru Haji Muhammad Daud juga berasal dari keturunan Orang Kaya-kaya Temenggong Perak (Orang Besar Empat Negeri Perak).

Adiknya, Tuan Guru Haji Abdul Aziz Bin Abdul Jamil juga merupakan seorang ulama terkenal di Perak suatu ketika dahulu. Sebelum berkhidmat sebagai guru agama sepenuh masa, beliau adalah ahli Federated Malay States Volunteer Forces (FMSVF) sebagai Kapten Artileri Batalion Pertama dan turut memegang jawatan Koperal selepas itu.

Tuan Guru Haji Muhammad Daud merupakan seorang ulama yang disegani di Perak dan Kelantan serta pejuang utama kemerdekaan Tanah Melayu dan Patani.

Beliau adalah mantan Pengetua Sekolah Melayu Chemor, Perak dan wakil rakyat ADUN Kelantan (Tanah Merah Timor) serta EXCO Kerajaan Negeri Kelantan tahun 1959. Di samping itu, Allahyarham juga adalah pengasas bersama Parti Hizbul Muslimin Malaya pada tahun 1948 dan Parti Islam Se-Malaya pada 1951.

Sewaktu penubuhan Hizbul Muslimin Malaya atau HAMIM, ianya dipimpin oleh beberapa tokoh seperti :

1. Ketua Umum – Tuan Guru Haji Abu Bakar al-Baqir
2. Naibnya - Ir. Haji Ariffin Alias dari Johor Bahru
3. Setiausaha - Ustaz Uthman Hamzah
4. Tuan Guru Haji Muhammad Daud Bin Abdul Jamil dari Kelantan
5. 4 orang wakil :
a. Ustaz Yahaya Bin Abdullah selaku ketua
b. Ustaz Harun Fahmi Taib
c. Ustaz Baharudin Latif
d. Ustaz Uthman Hamzah

Setelah berhijrah ke Perak, beliau telah mendirikan sebuah madrasah bersama adiknya Tuan Guru Haji Abdul Aziz Bin Abdul Jamil di Kampung Baru, Tambun, Ipoh yang diberi nama Madrasatul al-Mutaqqin. Di kemudian hari, madrasahnya itu disebut dengan panggilan Surau Tok Guru Haji Abdul Aziz.

Beliau disifatkan sebagai seorang yang sangat merendah diri. Walaupun sebagai wakil rakyat dan Exco kerajaan, kehidupannya sangat sederhana dan tidak langsung mementingkan kemewahan hidup.

Beliau meninggal dunia pada 27 Julai 1979 bersamaan 3 Syaaban 1399H. Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Pekan Tambun, Ipoh, Perak (bersebelahan Pusat Memandu Sektow, Tambun)

Tuan Guru Haji Muhammad Daud

Sumber - Himpunan tulisan Allahyarham Saudara Afifi, Tengku Yusuff



Ikuti kami di TELEGRAM:

https://t.me/X_PLORASI

KONGSIKAN:



Ads Bottom