Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !


Tuan Guru Haji Abdul Rauf, Telok Mas, Melaka


IKLAN


Tuan Guru Haji Abdul Rauf Bin Haji Idris dilahirkan pada tahun 1904. Pada usianya lima tahun, beliau mula belajar dari ayahnya sendiri dalam asas-asas agama. Pada tahun 1922 pula, Tuan Guru Haji Abdul Rauf menyambung pengajiannya ke beberapa buah pusat pengajian sekitar Melaka. Beliau berkahwin sekitar tahun 1932 dan menetap di Telok Mas, Melaka.

Ketika hayatnya, beliau telah mengajar di banyak tempat di sekitar Ayer Molek, Alai, Air Paabas, Melekek, Padang Sebang, Alor Gajah, Bukit Beruang, Bukit Piatu, Kolam Batu dan Telok Mas. Beliau kemudiannya bersama Cikgu Muhammad, Haji Yusuf, Haji Muluk, Tuan Haji Ghazali dan sokongan orang kampung telah mengasaskan sebuah madrasah di Telok Mas dengan nama Madrasah Muqaddimah as-Sibyan. Sebuah batu asas didirikan bagi mengenang akan jasa beliau.

Tuan Guru Haji Abdul Rauf, Telok Mas, Melaka

Selain mengajar, Tuan Guru Haji Abdul Rauf juga ada mengarang sebuah kitab mengenai ilmu tauhid.

Sumber - Maklumat dari Muzium Islam Melaka



KONGSIKAN:




Ads Bottom